CAHAYA KEDUA

 

 

“ Cahaya Ini Mengandungi Tiga Nur”

 

Nur  Pertama

 

 

Di dalam al-Qur’an terhimpun perkataan yang bersahaja dan tinggi maknanya. Ia mempunyai hubung kait yang rapat  antara satu sama lain dan  susunan ayat yang rapi sehingga menambahkan penjelasan maksudnya. Ini disokong oleh  Ilmu al-Bayan dan Ilmu  al-Macani serta pandangan ribuan ulama dalam  bidang ini,  antaranya termasuklah Zamakhshari, al-Sakkaki dan  ‘Abd al-Qahir al-Jurjani. Terdapat sembilan faktor yang menyebabkan penyusunan ayat, ayat soal-jawab dan sandarannya, serta perkataan bersahaja yang menjadi lemah, tetapi kelemahan ini tidak memberi apa-apa kesan kecacatan dan pengurangan. Malah menambahkan lagi kekuatan pada penyusunan ayat dan sandarannya, kecuali pada makna-makna yang mempunyai kiasan dan terpaksa keluar dari struktur ayat dalam menjelaskan keindahan makna al-Qur’an. Hal ini seperti tunas-tunas anak pokok yang tumbuh di akar umbi yang subur. Tunas ini tidak mencacatkan keindahan pokok, bahkan menambahkan lagi penghasilan buah-buahan dan mengindahkan pohon serta menyempurnakan hiasannya.               

 

al-Qur’an telah diturunkan dalam masa 23 tahun secara berperingkat dan  berasingan serta terputus, mengikut sebab keperluannya, kesesuaian yang sempurna tampak seolah-olah ia diturunkan sekali gus.

 

Di sepanjang penurunannya disebabkan situasi dan kondisi yang berbeza kerana sandaran  antara satu ayat dengan ayat yang lain begitu tampak sempurna, seolah-olah ia diturunkan pada suasana dan keadaan yang sama sahaja.

 

al-Qur’an menanggapi sesuatu persoalan  secara berulang dan berturut-turut, untuk menjelaskan pelbagai persoalan tampak seolah-olah ia jawapan bagi satu soalan sahaja.

 

al-Qur’an menjelaskan pelbagai hukum bagi kejadian yang berlainan. Susunannya yang teratur tampak seolah-olah ia menerangkan hukum bagi suatu kejadian sahaja.

 

al-Qur’an mengandungi firman Allah secara teratur, sesuai dengan para pendengar yang tidak terbilang dan berlainan keadaan. Perkataannya yang bersahaja, lembut serta susunannya yang indah. Seolah-olah ia diturunkan dalam suatu keadaan dan kepada pendengar yang sama, serta ayatnya berlari seperti air salsabil.

 

Penuturan al-Qur’an ditujukan kepada berbagai-bagai bangsa dan berlainan era. Penjelasan yang mudah, susunan yang kukuh dan kefahaman yang terang tampak seolah-olah ia diperdengarkan kepada suatu bangsa sahaja.

 

al-Qur’an diturunkan sebagai petunjuk secara berperingkat dan berlainan tujuan, dari kesempurnaan penjelasan, adil dalam timbangan, dan indah penyusunan menunjukkan seolah-olah ia mempunyai tujuan yang sama.

 

Semua kesukaran ini menyerlahkan kekusutan makna dan kelonggaran ayat, tetapi ia sebenarnya digunakan untuk menampakan i’jaz al-Qur’an dan susunan bahasanya yang bersahaja serta maknanya yang sesuai.

 

Sesiapa yang  mempunyai kebersihan  hati, kejujuran akal, kesucian perasaan dan cita rasa yang baik, akan melihat penjelasan al-Qur’an dengan keindahan susunan ayat, kelembutan bahasa dan kelunakan iramanya serta kefasihan yang luar biasa. Sesiapa yang jelas penglihatannya  akan melihat semua kehidupan yang terkandung di dalam al-Qur’an sama ada yang tersurat mahupun tersirat tanpa keraguan. Seolah-olah suatu lembaran yang terbuka helaiannya seperti yang ia kehendaki dan jelas baginya  makna susunan mana-mana ayat yang diperlukan.

 

Jika kami hendak menjelaskan hakikat cahaya yang pertama ini dengan contoh, nescaya kami memerlukan beberapa jilid. Oleh yang demikian, kami mengkhususkan keterangan ini  di dalam al-Rasa’il al-‘Arabiyah  [1]dan  Isyarat al-I’jaz  serta dalam Kalimah yang ke duapuluh lima yang terdahulu, dan juga kesemua ayat al-Qur’an sebagai contoh bagi hakikat ini.    

 

Nur Kedua

 

Nur ini membincangkan kelebihan i’jaz dalam keindahan gaya bahasa al-Qur’an tentang pelbagai kesimpulan serta nama Allah  yang terletak di hujung ayat.

 

Peringatan

Terdapat ayat yang begitu banyak dalam nur ini. Ayat-ayat ini tidak dikhususkan sebagai contoh untuk bahagian ini sahaja. Bahkan menjadi contoh pada pelbagai persoalan dan cahaya yang telah lalu. Sekiranya contoh ini dibincangkan dengan sejelas-jelasnya, tentulah ia memerlukan perbahasan yang panjang. Oleh itu kami terpaksa meringkaskan dan membuat kesimpulan dengan mendatangkan beberapa ayat sebagai contoh untuk menerangkan i’jaz yang tersirat itu. Perbahasan secara terperinci ditangguh pada masa akan datang.

 

al-Qur’an banyak sekali membicarakan kesimpulan yang terletak di hujung ayat, sama ada ia mengandungi nama-nama  Allah atau pengertiannya mahupun dikembalikan kepada akal fikiran untuk membuat penyelesaiannya, atau ia mengandungi kaedah-kaedah umum dari maksud al-Qur’an yang boleh menguatkan ayatnya.      

 

Dalam kesimpulan ini terkandung tanda-tanda hikmah al-Qur’an yang tinggi, termasuklah juga pancaran air kehidupan untuk petunjuk Ilahi serta sinar pancaran I’jaz al-Qur’an. 

 

Sekarang dengan ringkas kami huraikan “sepuluh tanda-tanda” dari sekian tanda yang banyak ruang.  Kami juga memberikan satu contoh sahaja dari sekian contoh yang banyak dan secara ringkas menjelaskan satu hakikat sahaja dari sekian hakikat yang banyak bagi setiap satu contoh.

 

Sepuluh tanda ini terhimpun  dalam kebanyakan ayat. Hal tersebut  mewujudkan satu ukiran dan lakaran yang merupakan i’jaz yang sebenar. Kebanyakan ayat yang kami tunjukkan adalah sebagai contoh.  Ia juga merupakan contoh bagi tanda-tanda itu. Dari setiap ayat kami menjelaskan satu tanda sahaja, di samping dengan ringkas  menjelaskan makna ayat tersebut yang sudahpun kami sebutkan terdahulu pada bahagian Kalimat.

 

Kelebihan pertama dari segi perkataan yang kukuh

 

Keterangan al-Qur’an yang penuh dengan mukjizat telah membentangkan ciptaan Allah yang Maha Bijaksana dan memperlihatkan tanda-tanda-Nya di hadapan penglihatan. Kemudian dari ciptaan-ciptaan itu ia mengeluarkan  nama-nama ketuhanan, ataupun  menyebut salah satu dari tujuan asasi, seperti adanya hari perhimpunan di Padang Mahsyar dan mengesakan Allah.

 

Antara contoh makna yang pertama,[2] firman Allah ( s.w.t ) :

 

هو الذي خلق لكم ما في الأرض جميعاً ثم استوى إلى السماء فسواهن سبع سموات وهو بكل شيء عليم  ( البقرة : 29)

 

Maksudnya:   Dialah yang menjadikan segala yang di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikannya tujuh langit dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu”.

( al-Baqarah 2 : 29 )

 

Antara contoh yang kedua,    [3]firman Allah (s.w.t):

 

ألم نجعل الأرض مهاد * والجبال أوتاد * وخلقناكم أزواج * …… إن يوم الفصل كان ميقات  ( النبأ 6- 17)

 

Maksudnya: “Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan ? Gunung-ganang sebagai pasak ? Dan Kami menjadikan kamu berpasang-pasangan, .… Sesungguhnya hari keputusan ialah satu waktu yang di tetapkan.”

( al-Naba’ 78:6-17 )

 

Dalam ayat yang pertama, al-Qur’an memperlihatkan kesan-kesan ketuhanan yang Maha Agung. Susunan ayatnya menunjukan keilmuan Allah dan kekuasaan-Nya. Ini merupakan pendahuluan bagi natijah yang sangat penting dan tujuan yang suci, setelah itu datanglah nama Allah al-‘Alim.

Dalam ayat yang kedua,  al-Qur’an menyebut perbuatan-perbuatan Allah yang besar dan tanda-tandanya yang Maha Agung. Di sini ia menjelaskan natijah-Nya, iaitu adanya hari memberi keputusan.

 

Kelebihan kedua dari segi keindahan balaghah

 

Sesungguhnya al-Qur’an yang mulia memperlihatkan penciptaan Ilahi dan membentangkannya di hadapan manusia. Kemudian menggulungnya dalam kesimpulan[4] bersama  dengan nama-nama Tuhan, atau memalingkannya kepada akal fikiran.

 

Antara contoh yang pertama,[5] firman Allah ( s.w.t ):

 

{ قل من يرزقكم من السماء والأرض ، أمّن يملك السمع والأبصار ، ومن يخرج الحي من الميت ويخرج الميت من الحي ، ومن يدبر الأمر فسيقولون الله ، فقل أفلا تتقون * فذلكم الله ربكم الحق } ( يونس 31 ، 32 )

 

Maksudnya"  :Katakanlah siapa yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi,  atau siapakah yang berkuasa menciptakan pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati daripada yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan ? Maka mereka akan menjawab: Allah.  Maka katakanlah: ‘Mengapa kamu tidak bertakwa. Maka itulah Allah, Tuhan kamu yang sebenarnya’ ”.

( Yunus 10:31-32 )

 

Pada bahagian awal ayat tadi disebut: Siapakah yang menghias langit dan bumi, lalu menjadikan kedua-duanya gudang (tempat simpanan rezki) kamu, maka diturunkan air hujan dari langit dan dikeluarkan biji-bijian daripadanya? Siapakah selain Allah yang berkuasa menjadikan langit dan bumi dalam keadaan mentaati-Nya? Maka syukur dan puji itu hanyalah bagi-Nya yang Esa.

 

Pada bahagian kedua ayat itu ditanya: Siapakah yang memiliki pendengaran dan penglihatan kamu. Kedua-duanya lebih berharga daripada anggota kamu yang lain? Kilang atau tempat manakah kamu memperolehnya? Sesungguhnya  Tuhan kamulah yang memberi kamu anggota-anggota yang lembut itu, antaranya termasuklah mata dan telinga! Dialah yang menciptakan kamu dan mendidikmu, itulah Tuhan yang berhak disembah dan tiada sekutu bagi-Nya.

 

al-Qur’an mencatatkan pula pada bahagian ketiga ayat itu:  Siapakah yang menghidupkan beratus-ratus ribu daripada golongan yang sudah mati seperti Ia menghidupkan bumi? Maka siapakah selain Allah (s.w.t) pencipta alam yang boleh melakukan demikian? Tidak syak lagi, hanyalah Dia yang boleh melakukan itu dan Ia juga penghidup bumi yang mati. Selama Dialah yang benar, ia tidak akan melupakan kewajipan-Nya, dan akan dibangkitkan kamu pada Hari Perbicaraan yang besar, Ia menghidupkan kamu sepertimana Ia menghidupakn bumi yang mati. 

 

Seterunya diajukan soalan lagi pada bahagian keempat: Siapakah selain Allah yang boleh mengurus keadaan alam yang luas ini, lalu menyusunnya dengan teratur dan mudah, seolah-olah pengurusan sebuah istana atau bandar? Kerana tiada selain Allah, maka tiadalah kekurangan pada kekuasaan yang berkuasa, mentadbir alam yang sangat luas ini dengan mudah dan senang. Dia tidak memerlukan pembantu dan penolong, itulah Dia yang tidak mempunyai batasan. Dia tidak membiarkan pengurusan  alam yang luas ini dan makhluk-makhluk yang kecil diurus selain daripada-Nya. Oleh yang demikian  kamu  terpaksa mengakui bahawa itulah Allah.    

 

Kamu melihat dalam bahagian pertama dan keempat disebut  Allah; bahagian kedua  disebut Tuhan; bahagian ketiga disebut yang Benar. Maka fahamilah, sejauh mana kedudukan i’jaz yang terdapat pada ayat:

 

  فذلكم الله ربكم الحق 

 

Maksudnya: “maka itulah Allah, Tuhan kamu yang hak benar”

 

Demikianlah al-Qur’an  menyebut kebesaran dan   kekuasaan Allah (s.w.t) melalui penciptaan-Nya. Kemudian ia menyebut pula tangan yang mentadbir itu meninggalkan pelbagai tanda yang sempurna dan penciptaan yang sangat besar    فذلكم الله ربكم الحق  , iaitu Dia memperlihatkan  tempat pemancaran keagungan ciptaan-Nya  dan sumber-Nya  dengan menyebut nama Tuhan:   ) اللهAllah)   الرب  (Tuhan  الحـق  ((yang Benar ).

Antara contoh yang kedua, [6]firman Allah (s.w.t) :

 

"إن في خلق السموات والأرض واختلاف الليل والنهار والفلك التي تجري في البحر بما ينفع الناس وما أنزل الله من السماء من ماء فأحيا بـه الأرض بعد موتها وبثَّ فيها من كل دابـة وتصريف الرياح والسحاب المسخر بين السماء والأرض لأيات لقوم يعقلون " ( البقرة 164 )

 

Maksudnya :"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, perselisihan malam dan siang, dan bahtera yang berlayar di laut dengan memberi manfaat kepada manusia, dan apa-apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air Dia dihidupkan bumi sesudah mati (kering)nya, dan di bumi itu Dia menyebarkan segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dengan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi golongan yang berakal.”

(al-Baqarah 2:164)

 

 

Dalam ayat ini al-Qur’an telah menyebut perkara-perkara yang terdapat pada kejadian langit dan bumi. Antaranya mentajallikan kesempurnaan kuasa Ilahi dan kebesaran Tuhan, menyaksikan keesaan-Nya, mentajallikan ketuhanan pada pergantian malam dan siang. Menampakkan rahmat-Nya dengan memberi kemudahan kapal dan perjalanannya di laut yang merupakan satu pengangkutan besar bagi kehidupan masyarakat.  Memperlihatkan kebesaran kuasa Allah pada air yang turun dari langit ke bumi gersang dan menghidupkannya dengan makhluk-makhluk yang sentiasa bertambah banyak sehingga beratus-ratus ribu, seolah-olah satu gambar yang terpapar padanya segala keajaiban dan keanehan. Al-Qur’an juga memaparkan rahmat dan kuasa Allah pada kejadian binatang yang pelbagai, dari yang melata.  Juga memperlihatkan rahmat dan hikmat-Nya melalui pengaturan angin dengan pelbagai aturan yang baik seperti cantuman benih pokok dan pernafasannya, boleh menolong manusia bernafas melalui gerak-geri dan goyang pokok itu. al-Qur’an juga menampakkan kewujudan Tuhan pada gerakan, himpunan dan pecahan awan  yang sedang tergantung di antara langit dengan bumi; bagaikan tentera, tunduk, setia  ketika menerima arahan, bertaburan ketika rehat. Kemudian berkumpul ketika mendengar taklimat dalam satu perbarisan yang besar.

 

Demikianlah selepas huraian ciptaan-ciptaan Tuhan, akal mendorong ke arah mendalami hakikatnya secara terperinci, maka Allah berfirman   أيات لقوم يعقلون       maksudnya: “Itu semua adalah sebagai tanda kepada kaum yang berfikir”. Ayat ini menyuruh kita menggunakan akal untuk merancang dan berfikir.

 

Kelebihan ketiga dari segi perkataan yang kukuh

 

Kadang-kadang al-Qur’an menyebut perbuatan Allah secara panjang lebar, kemudian diringkaskannya dengan cara kesimpulan. Dengan sebutan yang terperinci akan memberi kepuasan dan ketenangan. Sebutan ringkas itu juga memudahkan untuk menghafaznya. Contohnya:

 

"وكذلك يجتبيك ربك ويعلمك من تأويل الأحاديث ويتم نعمته عليك وعلى آل يعقوب كما أتمها على أبويك من قبل إبراهيم واسحق إن ربك عليم حكيم"  ( يوسف 12:6 )

 

 

Maksudnya : Dan demikianlah Tuhan kamu memilih kamu (untuk menjadi Nabi) dan diajarkan kepada kamu sebahagian daripada taabir mimpi dan disempurnakan-Nya nikmat-Nya kepadamu dan kepada keluarga Ya’qub, sebagaimana Dia telah menyempurnakan  nikmat-Nya kepada dua orang bapamu sebelum itu, iaitu Ibrahim dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhan kamu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

(Yusuf 12:6)

 

Ayat ini menunjukkan nikmat-nikmat yang telah diberikan kepada Nabi Yusuf dan nenek moyangnya yang terdahulu, dengan berkata: “Sesungguhnya Allah (s.w.t) telah memilih kamu dari kalangan anak-anak Adam untuk martabat kenabian. Seluruh Nabi mempunyai hubungan dengan kamu lalu menjadikan kamu sebagai tuan kepada seluruh manusia. Di samping itu Dia menjadikan keluarga kamu sebagai tempat pengajaran dan petunjuk, menyampaikan berbagai-bagai ilmu dan hikmat ketuhanan.  Maka untuk kamu Allah telah menghimpunkan segala kekuasaan dunia yang bahagia dan kesenangan akhirat yang kekal. Ia menjadikan kamu - dengan ilmu dan hikmah itu - orang termulia di Mesir, Nabi yang besar, petunjuk yang bijaksana…setelah  menyebut nikmat-nikmat tersebut, dan bagaimana Allah telah menjadikannya dan nenek moyangnya dengan ilmu dan hikmah orang terbaik, firman Allah: Inna rabbaka ‘alimun hakim إن ربك عليم حكيم   Kehendak Tuhan dan hikmah-Nya menjadikan kamu serta nenek moyang kamu memperolehi cahaya nama Allah iaitu Maha Mengetahui lagi Maha  Bijaksana --  al-‘Alim al-Hakim  العليم الحكيم            .    

Demikianlah al-Qur’an menghuraikan nikmat-nikmat yang panjang lebar itu dengan begitu ringkas. Contohnya, firman Allah (s.w.t):

 

قل اللهم مالك الملك تؤتي الملك من تشاء … وترزق من تشاء بغير حساب

( آل عمران 27-26: 3 )

 

Maksudnya: “Katakanlah wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan. Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki … dan Engkau memberi rezeki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab.”

 (Ali ‘Imran 3:26-27)

 

Ayat ini menerangkan perbuatan-perbuatan Allah dalam kumpulan manusia, faedah yang boleh didapati daripadanya ialah:

Keagungan, kehinaan, kemiskinan dan kekayaan berkaitan terus dengan kehendak Allah dan kemahuan-Nya, iaitu gerak-geri dalam kebanyakan peringkat mengikut kehendak Allah dan bukan secara kebetulan.