Kata Pengantar
Buku Terbahasan 'Ana' (Aku) dan Zarah' ini merupakan
salah satu buku yang dinukilkan dari gugusan karangan oleh seorang tokoh
terkenal dari Republik Turki. Beliau adalah Badiuzzaman Said Nursi. Buku hasil
karangan beliau ini cukup berwibawa dan sesuai untuk ditatapi oleh segenap
lapisan masyarakat khususnya golongan cendekiawan. Buku ini sedikit sebanyak
telah menggambarkan pemikiran beliau yang melangkaui zamannya. Buku ini
merupakan antara buku yang begitu kritis dalam membahaskan kunci persoalan
'ana' sekiranya pembaca ingin menerokai khazanah keilmuan Islam dari sudut
falsafah dan pemikiran baru. Buku ini merupakan satu wahana untuk pembaca
menemuinya.
Saya rakamkan rasa bangga saya ke atas hasil terjemahan kitab besar ini
ke dalam Bahasa Malaysia, justeru ia merupakan penyebaran maklumat secara lebih
telus dan ini merupakan satu lowongan yang perlu digapai oleh segenap lapisan
masyarakat Melayu, khususnya. Umat Melayu kini tidak seharusnya merasa kerdil
dalam menimba ilmu lantaran telah ramai pakar penterjemah yang telah
mencurahkan jerihnya agar umat Melayu diwarnai dengan citra keilmuan.
Salam hormat dari saya.
DATO’ HAJI ALWI BIN MUHAMAD
Yayasan Islatn Terengganu
Badiuzzaman Said Nursi (r.h) merupakan tokoh tajdid yang
ter-kenal di Turki khasnya dan Asia Barat amnya. Sayangnya ketokohan beliau
belum terserlah baik di Malaysia mahupun di' Asia Tenggara. Alhamdulillah,
sempena menyambut kedatangan alaf baru, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun
Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, mengambil inisiatif menganjurkan
Muktamar Gerakan Tajdid Menjelang Abad Ke-21: Peranan Badiuzzaman Said Nursi,
bertaraf antarabangsa, di UKM, pada 21 hingga 22 Ogos, 1999.
Sempena muktamar itu, urusetia berhasrat menerbitkan terjemahan 3 daripada 9 jilid besar karya Said Nursi (1876 - 1960). Sayangnya, kerana beberapa masalah, rancangan suci itu nampaknya kecundang. Namun, beberapa individu yang sanggup bertungkus-lumus telah berjaya menterjemahkan fasal-fasal tertentu dalam jilid berkenaan.
Sebagai hasilnya, buku kecil ini merupakan terjemahan
kepada Kulliyat rasa'il al-nur , jilid 1: al-Kalimat, terjemahan Ihsan Qasim
al-Salihi (asalnya dalam bahasa Turki), halaman 634-665 (Istanbul, 1419/1998).
Antara keistimewaan Said Nursi ialah beliau menyelidiki
agama dengan manhaj yang berbeza dengan cara gaya ulama sebelumnya. Baginya,
perlulah disepadukan ilmu pengetahuan moden dengan ilmu agama di samping
menyelidiki dasar-dasar kepercayaan menurut manhaj yang sesuai dengan pennkiran
moden. Sebagai seorang guru, beliau melayan setiap pertanyaan muridnya. Dari sini
beliau membahas setiap masalah dalam Rasail al-nur dengan baik dan meyakinkan
sehingga dapat dimengerti oleh "murid-murid" dan setiap lapisan
masyarakat. Kerana itu dia sering memberi contoh sederhana apabila menerangkan
aspek-aspek keyakinan yang begitu mendasar dan mendalam.
Harapan dan rancangan besar kami ialah meneruskan usaha
pen-terjemahan kesembilan-sembilan jilid besar berkenaan. Semoga Allah memberkati
usaha murni kami ini. Kepada setiap pihak yang sudi memberi bantuan sehingga
terbitnya buku ini, secara langsung ataupun tidak, khasnya Yayasan Islam
Terengganu, saya mengucapkan ribuan terima kasih danjazakumu'Llah khayran
kathira.
PROF. MADYA DR. H.M. BUKHARI LUBIS
Editor
Merangkap
Timbalan Pengerusi
Muktamar Gerakan Tajdid Menjelang Abad Ke-21:
Peranan Badiuzzaman Said Nursi
teka-teki alam, menjadi tangkal alam,
serta menyelesaikan salah satu rahsia
agung
al-Qur'an al-Hakim.
Kalimah ini mengandungi dua tujuan.
Pertama: membahaskan hakikat dan natijah 'ana'.
Kedua: membincangkan gerakan dan tugas-tugas zarah.
Tujuan Pertama
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Mengasihani Pirman Allah (s.w.t):
Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan
tanggung-jawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk
memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat
menyempurnakannya (kerana mercka tiada persediaan untuk memikulnya) ; dan (pada
ketika itu) manusiajdengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya.
(Ingatlah) scsiingguhnya tabiat kebanyakan manusia suka melakukan kezaliman dan
suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. "
(Al-Ahzab 33:72)
Kami hanya akan mengisyaratkan satu permata sahaja
daripada permata-pennata khazanah terbesar daripada ayat yang mulia di atas.
Permata tersebut ialah bahawa arnanah yang enggan dipiku! oleh langit, bumi dan
gunung-ganang mempunyai beberapa pengertian dan banyak sudut. Salah satu
pengerlian dan sudut tersebut ialah perkataan 'ana' yang bermaksud ‘saya’
Ya! Perkataan 'ana' merupakan satu biji benih, yang
menumbuhkan sepohon pokok Tuba, (Lihat al-Qur'an, al-Ra'd 13. 29.) pokok yang bercahaya, lagi besar.
la juga menumbuhkan sepohon zaqum yang menggerunkan. Kedua-dua pohon tersebut
menghulur dan menyebarkan dahan serta rantingnya ke seluruh alam insani
semenjak dari Adam (a.s) sehingga waktu kini.
Sebelum kita mengharungi hakikat yang luas ini, kami
akan membawa satu mukadimah yang akan memudahkan kita memahami hakikat
tersebut.
Mukadimah
Perkataan 'ana' ialah anak kunci yang akan membuka
khazanah tersembunyi bagi nama-nama Allah yang baik (al-asma' al-husna),
sebagaimana ia juga akan membuka pintu-pintu alam yang terkunci. la sendiri
merupakan tangkal yang ajaib dan misteri yang ganjil. Tetapi dengan mengetahui
apakah hakikat 'ana', tangkal yang ajaib dan misteri yang ganjil tersebut akan
terungkai dan terdedah, seterusnya akan terbukalah teka-teki dan khazanah alam
yang wajib ada ini.
Secara khusus kami telah membincangkan permasalahan ini
di dalam risalah "satu hiduan daripada bayu hidayat al-Qur'an"
(Shammah min nasim hidayat al-Qur 'ari) sebagaimana berikut:
"Ketahuilah! Bahawa anak kunci alam berada di dalam
tangan manusia dan pada dirinya sendiri. Meskipun segala makhluk yang ada
merupa-kan pintu-pintu pada zahirnya, namun pada hakikatnya ia terkunci. Allah
(s.w.t) meletakkan anak kunci pintu-pintu tersebut pada diri manusia sebagai
barang amanah yang membolehkannya membuka kesemua pintu tersebut. Anak-anak
kunci itu juga diletakkan oleh Allah pada manusia sebagai tangkal yang membolehkannya
membuka khazanah-khazanah Pencipta alam ini yang tersembunyi. Anak kunci-nya
ialah hakikat perkataan 'ana' yang terdapat pada engkau (wahai manusia). Tetapi
perkataan 'ana' itu sendiri juga menjadi suatu misteri dan tangkal yang
terkunci. Apabila anda berjaya membuka 'ana' dengan mengetahui hakikatnya yang
dapat dibayangkan dan rahsia kejadiannya, nescaya akan terbukalah tangkal
segala makhluk yang lain, sebagaimana yang akan diterangkan selepas ini:
Sesungguh Allah (a.w.j) telah meletakkan satu amanah
pada tangan manusia, iaitu 'ana' yang mengandungi beberapa isyarat.dan contoh
yang boleh dijadikan panduan untuk mengetahui beberapa hakikat sifat rububiyah
Allah dan hal ehwal-Nya yang mulia lagi suci. Atau dengan kata-kata lain, 'ana'
menjadi satu unit sukatan atau ukuran untuk mengetahui sifat-sifat dan hal
ehwal rububiyah dan uluhiyah Allah (s.w.t).
Sebagaimana yang dimaklumi, sesuatu unit sukatan atau
ukuran tidak semestinya wujud dari segi hakikat. Bahkan mungkin sesuatu unit
sukatan dan ukuran itu ditetapkan berdasarkan andaian dan khayalan semata-mata,
sebagaimana gansan-gansan yang diandaikan dalam ilmu kejuruteraan. Maksudnya
'ana' tidak semestinya mempunyai kewujudan yang hakiki, iaitu diketahui dan
dipastikan.
Soalan: Kenapakah
makrifat kepada sifat-sifat dan nama-nama Allah berhubung dengan 'keakuan'
(ananiyah) (Yang dimaksudkan di sini bukanlah sifat keakuan yang tercela itu,
tetapi perkataan ini diambil daripada perkataan 'ana' yang bermaksud saya atau
aku.) manusia?
Jawapan: Sesuatu yang mutlak dan meliputi segala
sesuatu, tidak mempunyai batas sempadan dan penamatan. la tidak boleh diberikan
suatu bentuk dan hukum tertentu, kerana ia tidak mempunyai kewujudan sesuatu bentuk yang
menentukan bentuk gambarannya. Oleh itu, hakikatnya tidak boleh dimengerti.
Sebagai contoh: Cahaya yang wujud secara berpanjangan
dan terus-menerus, tidak diselangi oleh kegelapan, tidak dapat dirasai dan
diketahui kewujudannya, melainkan apabila dibatasi dengan kegelapan, sama ada
yang berbentuk hakiki atau pada anggapan sahaja.
Demikianlah juga keadaannya dengan sifat-sifat Allah
(s.w.t) seperti ilmu dan kudrat, dan nama-nama-Nya yang baik (al-asma'
al-husna) seperti Yang Maha Bijaksana dan Yang Maha Mengasihani, kerana ia
adalah mutlak, tidak mempunyai batas sempadan dan meliputi segala sesuatu.
Tiada sekutu dan sebanding dengannya. la tidak mungkin diliputi atau dibatasi
dengan sesuatu. Oleh itu, hakikatnya tidak boleh diketahui dan tidak dirasakan
kewujudannya. Kerana itu, mestilah diletakkan suatu anggaran atau anggapan
sempadan yang dikhayalkan kewujudannya kepada sifat-sifat dan nama-nama yang
mutlak tersebut, untuk menjadi alat bagi memahaminya. Inilah apa yang dilakukan
oleh 'keakuan', kerana seseorang akan menggambarkan di dalam dirinya sifat
njbubiyah (ketuhanan), malikiyah (pemilikan), kudrat dan ilmu lalu diberikannya
sempadan tertentu yang dianggarkan kewujudannya bagi sifat-sifat yang
menyeluruh dan nama-nama yang mutlak, lalu - sebagai contohnya - dia akan
berkata: "Dari sekian tempat ke sekian tempat, kawasanku dan yang
selepasnya kembali kepada sifat-sifat tersebut." Seolah-olah dia
meletakkan sejenis pembahagian. Dengan itu dia bersedia untuk memahami hakikat
sifat-sifat yang tidak bersempadan itu, sedikit demi sedikit, berdasarkan neraca
dan ukuran kecil lagi mudah yang dimilikinya.
Sebagai contoh juga, dengan rububiyah yang difantasikan
kewujudan-nya berada di bawah kekuasaannya terhadap benda-benda miliknya, dia
memahami rububiyah Tuhan Yang Maha Mencipta secara mutlak yang meliputi seluruh
benda yang wujud.
Dengan sifat pemilikannya yang zahir, dia memahami sifat
pemilikan Pencipta yang hakiki, lalu dia berkata: "Sebagaimana aku pemilik
rumah ini, maka Allah (s.w.t) juga pemilik kepada alam ini."
Dengan ilmunya yang sedikit, dia mengetahui ilmu Allah
yang mutlak.
Dengan sedikit kemahirannya yang diperolehi melalui
pengalaman dan latihan, dia mengetahui keindahan ciptaan Tuhan Yang Maha
Mencipta, lalu dia berkata: "Sebagaimana aku dapat menghias dan menyusun
atur rumah ini, begitu juga mesti ada orang yang mencipta dan menyusun atur
dunia ini."
Demikianlah seterusnya. Terangkum di dalam perkataan
'ana' ribuan hal, sifat dan perasaan yang tersembunyi di bawahnya ribuan rahsia
yang terkunci dan sedikit banyak mampu untuk menunjuk dan men-jelaskan kesemua
sifat dan hal Allah yang bijaksana itu.
Perkataan 'ana' tidak mengandungi apa-apa makna pada
dirinya, tetapi ia menunjukkan sesuatu makna yang ada pada benda lain, seperti
cermin yang membalikkan bayangan, seperti unit sukatan atau ukuran tertentu,
seperti sejenis alat yang membongkarkan sesuatu. Secara katawi maknanya ialah
bahawa ia merupakan seurat rambut yang sensitif danpada tali kewujudan manusia
yang hebat. la menjadi benang halus danpada tenunan pakaian hakikat
kemanusiaan. la merupakan huruf alif yang terdapat pada kitab keperibadian
anak-anak Adam, kerana huruf itu mempunyai dua sudut:
Satu sudut tertuju ke arah kebaikan dan kewujudan.
Melalui sudut ini, dia (manusia) hanya menerima limpahan yang dituangkan ke
atasnya sahaja, kerana dari sudut ini dia tidak mampu untuk mengadakan sesuatu.
Jadi dia bukan seorang 'pembuat', kerana tangannya tidak mampu dan tidak
mempunyai kekuatan untuk mengadakan.
Satu sudut lagi tertuju ke arah kejahatan dan membawa
kepada 'ketiadaan'. Dari
sudut ini, dia menjadi 'pembuat' dan tuan punya perbuatan itu.
Seterusi.ya hakikat 'ana' itu hartiah, iaitu ia hanya
menunjukkan makna yang terdapat pada benda lain (bukan pada dirinya). Maka
rububiyah-nya merupakan suatu yang khayali, kewujudannya lemah sehingga zatnya
sendiri tidak mampu untuk menanggung apa-apa, bahkan tidak mampu untuk
ditanggung apa-apa ke atasnya. la hanyalah neraca penimbang, yang menerangkan
tentang sifat-sifat Allah Taala yang mutlak dan meliputi segala sesuatu, persis
seperti neraca kepanasan, neraca udara dan neraca-neraca lain yang menerang dan
menjelaskan tentang sukatan, ukuran dan darjah sesuatu benda yang disukat.
Seseorang yang memahami hakikat 'ana' melalui sudut ini
dan tunduk kepadanya, kemudian dia beramal berdasarkan tuntutannya, dia
ter-masuk di kalangan orang yang diberikan berita baik, melalui firman Allah:
Maksudnya: "Sesungguhnya berjayalah orang yang
menjadikan dirinya - yang sedia'bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman
dan amal kebajikan)."
(Al-Shams 91:9)
Dia juga telah menunaikan amanah dengan sebenar. Melalui
kaca mata 'ana', dia memahami hakikat alam kewujudan dan tugas-tugas yang
dilaksanakan olehnya. Ketika jiwanya memperolehi apa-apa maklumat dari pelbagai
ufuk luaran, akan ada sesuatu daripada 'ana' yang membenarkannya, lalu
maklumat-maklumat tersebut tertanam di dalam jiwanya sebagai ilmu-ilmu yang
bercahaya dan hikmat kebijaksanaan yang benar. la tidak bertukar menjadi
kegelapan yang sia-sia.
Ketika 'ana' melaksanakan tugasnya dalam bentuk ini, dia
akan me-ninggalkan rububiyah dan pemilikannya yang diandaikan kewujudan-nya itu
- yang hanya merupakan unit ukuran atau sukatan sahaja - lalu dia menyerahkan
pemilikan hanya untuk Allah sahaja dengan dia berkata: "Bagi-Nya kerajaan
(pemilikan), bagi-Nya kepujian, bagi-Nya hukuman dan kepada-Nya kamu
dikembalikan." Dengan itu dia telah memakai pakaian ubudiyah yang sebenar
dan dia telah meningkat kepada satu maqam yang lebih baik.
Tetapi jika 'ana' itu lupa kepada hikmat penciptaannya,
lalu melihat kepada dirinya dengan makna namanya sahaja, dengan meninggalkan
tugasnya yang fitri itu, dengan mengiktikadkan bahawa dia itu pemilik, maka dia
sebenarnya telah mengkhianati amanah dan termasuk ke dalam golongan orang yang
telah diberikan amaran oleh Allah melalui frman-Nya:
Maksudnya: "Dan sesungguhnya hampalah orang yang
menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya
(dengan sebab kekotoran maksiat). "
(Al-Shams 91:9)
Demikianlah. Sesungguhnya ketakutan langit, bumi dan
gunung-ganang untuk memikul amanah dan kegerunan mereka terhadap syirik yang
diandaikan berlaku, terbit dahpada sudut 'keakuan' ini yang melahirkan segala
jenis kesyirikan, kejahatan dan kesesatan.
Ya! Sesungguhnya cana', sekalipun hanya
memiliki huruf alif yang lembut, benang yang halus dan garisan yang diandaikan
kewujudannya, tetapi jika hakikatnya tidak diketahui, ia akan membesar secara
ter-sembunyi - umpama biji benih yang membesar di dalam tanah - sedikit demi
sedikit, sehingga tersebar di seluruh kewujudan manusia, lalu menelannya (kemanusiaan) umpama seekor
ular yang besar. Lalu seluruh manusia itu, dengan semua perasaan dalamannya
menjadi hakikat 'ana'. Kemudian 'keakuan' terhadap jenis manusia akan mula
meniupkan semangat perkauman dan asabiyah, sehingga semangat itu menjadi
bertambah teguh dengan bersandarkan 'keakuan' itu dan akhirnya ia menjadi
seperti syaitan yang direjam dengan mencabar dan menentang segala perintah
Allah. Kemudian dia mula mengukur dan menyukat semua manusia, bahkan setiap
benda terhadap dirinya berdasarkan hawa nafsunya. Dia membahagi-bahagikan
kerajaan Allah kepada benda-benda tersebut dan kepada sebab-sebab yang
menyebabkan dia terjatuh ke dalam lembah kesyirikan yang besar, sebagaimana
yang tergambar dengan jelas dari pengertian makna firman Allah (s.w.t):
Maksudnya: "Sesungguhnyaperbuatan syirik itu adalah
satu kezaliman yang besar. " (Luqman 31:13)
Bandingannya sama dengan seseorang yang mencuri empat
puluh dirham daripada harta kerajaan, maka dia terpaksa memberikan satu dirham
kepada setiap kawan yang hadir bersamanya agar mereka merelakan perbuatan mahu
curinya itu. Begitu juga orang yang berkata: "Aku pemilik diriku",
dia pasti akan berkata dan mempercayai bahawa segala sesuatu merupakan milik
dirinya!
Demikianlah 'ana' dalam kedudukannya ini terlibat dengan
peng-khianatan terhadap amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya. la
sesungguhnya berada dalam kejahilan mendalam, bahkan ia adalah yang paling
jahil di kalangan orang-orang yang jahil. la teraba-raba di lembah kejahilan yang
melampau walaupun ia mengetahui banyak ilmu dan seni. Ini kerana cahaya-cahaya
makrifat yang tersebar di seluruh pelosok dunia yang ditangkap oleh panca indera
dan pemikiran-nya tidak menjumpai sesuatu yang membenarkannya, memberikannya
cahaya dan mengekalkannya di dalam jiwanya. Kerana itu, semua pengetahuan itu
terpadam bahkan menjadi kegelapan yang pekat, disebabkan segala ilmu yang
memasuki dirinya dicelup dengan celupan dirinya yang memang berada di dalam
kegelapan yang pekat. Sekalipun didatangi oleh hikmat kebijaksanaan yang mutlak
dan mengagumkan, jiwanya tetap diselimuti dengan pakaian kesia-siaan yang
mutlak, kerana warna 'ana' dalam keadaan ini dicelupi oleh kesyirikan dan
penanggalan sifat-sifat yaijg mulia bagi Tuhan Yang Maha Mencipta, serta
pengingkaran kewujudan-Nya. Bahkan jika seluruh dunia ini dipenuhi dengan
tanda-tanda kebesaran-Nya yang jelas dan lampu-lampu yang membawa hidayah,
nescaya noktah hitam yang terdapat pada 'ana' akan menggerhanakan segala cahaya
yang datang dan menghijabkannya daripada berupaya menampakkan dirinya.
Dalam Kalimah Yang Kesebelas, kami telah menghuraikan
tentang hakikat kemanusiaan dan keakuan yang terdapat dalam kemanusiaan itu
dari sudut makna katawinya. Di sana, kami telah membuktikan dengan kukuh bagaimana
keakuan itu menjadi suatu neraca yang sensitif bagi alam ini. la juga merupakan
ukuran atau sukatan yang tepat dan halus, indeks yang menyeluruh dan meliputi,
peta yang tuntas, cerminan dan penilaian yang sempurna.
Di sini kami mengakhiri mukadimah ini, berpada dengan
penghuraian yang terdapat di dalam risalah tersebut.
Wahai saudara pembaca! Jika anda menguasai mukadimah
ini, maka marilah sama-sama kita memasuki hakikat itu sendiri.
Sesungguhnya dalam sejarah kemanusiaan, semenjak zaman
Saidina Adam (a.s) hinggalah masa kini, terdapat dua aliran dan rantaian
pemikiran yang besar. Kedua-duanya berjalan merentasi zaman dan masa, seolah-olah kedua-duanya
merupakan dua batang pokok yang besar, yang mengembangkan dahan dan rantingnya
ke seluruh penjuru, dan kepada setiap peringkat kemanusiaan.
Pertama: Rantaian kenabian
dan agama.
Kedua: Rantaian falsafah
dan hikmah (kebijaksanaan).
Apabila kedua-dua rantaian ini bersatu dan bercantum,
pada satu-satu masa atau zaman, maka falsafah akan berada dalam lindungan
agama, berpaut dan taat kepadanya. Kemanusiaan pula akan mengalami kehidupan
yang bahagia dan memperolehi kehidupan kemasyarakatan yang sentosa. Tetapi
apabila berlaku perpecahan dan perpisahan antara kedua-duanya, maka segala
cahaya dan kebaikan akan berhimpun di sekitar rantaian kenabian dan agama,
manakala segala keburukan dan kesesatan akan berhimpun di sekitar rantaian
falsafah.
Sekarang mari kita perhatikan punca dan asas kepada
setiap rantaian tersebut:
Rantaian falsafah yang menderhaka kepada agama,
tergambar di dalam bentuk sepohon pokok zaqum keji yang menyebarkan kegelapan
kesyirikan dan kesesatan di sekitarnya, sehingga ia memberikan buah-buahan
berbentuk fahaman ateisme, materialisme dan naturalisme kepada akal manusia
melalui dahan kekuatan akalnya. Manakala melalui dahan kekuatan kemarahannya,
ia mencampakkan buah-buahan kezaliman Namrud, Fir'aun dan pemerintah zalim
(Memanglah falsafah kuno Mesir dan Babylon yang mencapai tahap sihir atau
disangkakan sebagai sihir kerana ia terbatas kepada golongan tertentu itulah
yang mernelihara dan mendakap para Fir'aun dan Namrud dalam peliharaannya.
Begitu juga, lumpur dan paya falsafah tabi'i menempatkan tuhan-tuhan kc dalam
akal ahli falsafah Yunan kuno serta melahirkan pelbagai berhala. Pastilah
benar, seseorang yang terhijab daripada nur Allah dengan dinding semula jadi
(nature) akan mengurniakan sifat uluhiyah kepada setiap sesuatu, kemudian ia
memberikannya juga kepada dirinya sendiri. - Pengarang. ) yang lain ke dalam
kepala manusia. la juga membesarkan buah-buahan tuhan, berhala dan pendakwa
ketuhanan melalui dahan kekuatan syahwat kebinatangan.
Di samping pohon zaqum yang keji ini, terdapat sepohon
tuba yang hanya beribadat kepada Allah. Inilah pohon rantaian kenabian. la
membuahkan buah-buahan yang segar lagi lazat di dalam kebun bebola bumi dan
menghulurkannya kepada kemanusiaan. Dari dahan kekuatan akalnya lahirlah para
nabi, rasul, siddiq dan para wali yang salih, me-lalui gugusan-gugusan yang
mudah dipetik. la juga melahirkan para pemerintah yang adil dan raja yang suci
ibarat malaikat, melalui dahan kekuatan penolakannya. la juga melahirkan
golongan mulia, pemurah dan bermaruah tinggi, yang mempunyai jalan kehidupan
yang baik, indah, menjaga kehormatan diri dan bebas dari sebarang ke&alahan.
Pohon yang berkat itu mengumumkan bahawa manusia sebenarnya merupakan buah yang
paling mulia daripada pohon alam itu.
Begitulah asal pohon yang berkat ini dan punca pohon
yang keji itu. Kedua-duanya menjadi sudut kepada 'ana' dan wajah kepadanya. Atau
dengan ungkapan lain, 'ana' yang menjadi biji benih asal kepada kedua-dua pohon
tersebut, kedua-dua sudut atau wajahnya telah men-jadi punca dan asas kepada
setiap pohon tersebut.
Kami akan menerangkan perkara tersebut sebagaimana
berikut:
Kenabian berjalan dengan mengambil salah satu sudut atau
wajah 'ana'. Falsafah juga datang dengan mengambil sudut atau wajah 'ana' yang
satu lagi. Sudut atau wajah pertama yang menilik hakikat kenabian, merupakan
punca ubudiyah yang ikhlas kepada Allah. laitu 'ana' yang tahu bahawa dialah
hamba Allah dan patuh kepada tuhan yang disembahnya. la juga memahami bahawa
hakikatnya adalah seperti hakikat 'huruf yang hanya memberikan makna kepada
yang lain. la beriktikad bahawa kewujudannya bersifat mengikut, iaitu kewujudannya
ada kerana kewujudan sesuatu lain yang mengadakan-nya. la juga mengetahui
bahawa pemilikannya terhadap sesuatu hanyalah khayalan sahaja, iaitu
pemilikannya hanya bersifat sementara, pada zahir sahaja dia memiliki dengan
keizman yang diberikan oleh pemilik sebenar. Hakikatnya hanyalah bayangan,
bukan asli, iaitu ia merupakan makhluk yang bersifat harus sahaja kewujudannya
dan lemah, serta ia menjadi bayangan lemah yang membalikkan penjelmaan bagi
satu hakikat zat yang wajib wujud lagi bersifat benar (haq). Tugasnya pula
ialah melakukan ketaatan kepada tuannya, dengan ketaatan penuh perasaan yang
sempurna, kerana ia menjadi neraca untuk mengetahui sifat-sifat penciptanya dan
sukatan atau ukuran untuk memahami hal ehwal-Nya.
Begitulah sudut pandangan para nabi dan rasul (a.s),
serta golongan asfiya' dan awliya' yang mengikut mereka, terhadap 'ana'. Mereka
menyaksikannya berdasarkan hakikatnya itu. Lalu mereka menemui hakikat yang
sebenar. Mereka menyerahkan kerajaan seluruhnya kepada Tuhan yang memiliki kerajaan
lagi maha agung. Mereka semua mengaku bahawa tuhan tersebut tidak mempunyai
rakan kongsi, bandingan dan umpama, pada rububiyah dan pada uluhiyah-Nya.
Dia-lah tuhan yang mengatasi segala-galanya dan tidak memerlukan apa-apa. Dia
tidak mempunyai penolong dan menteri. Pada tangan-Nya terdapat punca segala
sesuatu dan Dia amat berkuasa ke atas segala-galanya. Sebab-sebab yang ada,
hanyalah langsir dan hijab zahir yang menunjukkan kekuasaan dan kebesaran-Nya.
Tabiat hanyalah syariat-Nya yang sejadi dan sekumpulan undang-undangnya yang
berjalan di dunia ini, sebagai menzahirkan kekuasaan dan kebesaran-Nya.
Sudut yang bercahaya dan indah ini, adalah seperti
sebiji benih hidup yang mempunyai maksud dan hikrnat tertentu. Daripadanya,
Allah (s.w.t) menciptakan
pohon tuba al-cubudiyah. Dahan-dahannya yang berkat terjulur ke
seluruh dunia kemanusiaan dan menghiasinya dengan buah-buahan yang enak dan
gemilang, serta menghapuskan kegelapan masa lampau seluruhnya. la juga
membuktikan dengan sesungguhnya bahawa zaman yang lampau itu bukanlah sebuah
perkuburan luas lagi menakutkan dan medan untuk melakukan hukuman bunuh yang
menggerunkan sebagaimana dipandang oleh falsafah, bahkan ia men-jadi sebuah
taman daripada taman-taman cahaya, bagi roh-roh yang telah mencampakkan bebanannya
yang berat untuk membebaskan diri meninggalkan dunia. la adalah paksi putaran
cahaya dan tangga ber-cahaya yang mempunyai tingkat-tingkat yang berbeza bagi
roh-roh yang ingin kembali berpindah ke dunia akhirat dan kepada masa depan
yang gemilang dan kebahagiaan yang abadi.
Sudut kedua pula yang diambil oleh falsafah yang
memandang kepada 'ana' berdasarkan maknanya dari segi 'ism' (kata namanya)
sendiri. laitu dengan ia mengatakan bahawa 'ana' menunjukkan kepada makna yang
ada pada dirinya sendiri.
Falsafah memutuskan bahawa makna perkataan 'ana*
terdapat pada dirinya sendiri dan ia bekerja untuk kepentmgan dirinya sahaja.
la juga menerima bahawa kewujudan 'ana' itu asli dan berdiri dengan sendirinya,
bukan sekadar bayangan sahaja. la mempunyai kepenbadian yang tersendiri khusus
untuknya.
la juga mendakwa bahawa 'ana' mempunyai hak dalam
kehidupan, bahawa dia menjadi pemilik hakiki di dalam batasan sempadan
pengurusannya dan ia menyangka bahawa dakwaannya itu merupakan sesuatu yang
hakikat dan dapat dibuktikan.
la juga memahami bahawa tugasnya ialah berusaha untuk
melakukan peningkatan dan penyempurnaan diri, yang lahir dahpada kecintaannya
kepada dirinya sendiri.
Demikianlah mereka menyandarkan laluan mereka di atas
dasar yang banyak dan rosak. Mereka membinanya di atas asas-asas yang runtuh
dan lemah itu. Kami telah membuktikan dengan pasti, tentang sejauh mana
keremehan dan kerosakan asas-asas tersebut di dalam banyak risalah kami,
terutamanya dalam al-Kalimat dan terutamanya lagi dalam Kalimah Kedua Belas dan
Kalimah Kedua Puluh Lima yang khusus membicarakan mukjizat-mukjizat al-Qur'an.
Para pembesar, perintis dan pelopor falsafah seperti
Plato, Aristotle, Ibn Sina dan al-Farabi telah beriktikad - berdasarkaij
asas-asas yang rosak itu - bahawa matlamat terakhir bagi kesempumaan
kemanusiaan ialah 'menyerupakan diri' dengan yang wajib wujud, iaitu Tuhan Yang
Maha Mencipta. Mereka menamakan ini sebagai hukum pemerintahan Fir'aun yang
melampaui batasan. Mereka menyediakan jalan bagi kebanyakan golongan-golongan
yang terseret ke dalatn berbagai-bagai jenis kesyirikan seperti penyembah
sebab, penyembah berhala, pe-nyembah tabi'i (nature) dan penyembah bintang,
dengan membangkit-kan 'keakuan' agar berjalan bebas di lembah-lembah syirik dan
ke-sesatan. Mereka menutup jalan ke arah ubudiyah kepada Allah. Mereka mengunci
pintu-pintu kelemahan, kedaifan, kefakiran, kemiskinan, keperluan dan
kekurangan yang terdapat dalam fitrah manusia. Lalu mereka sesat di dalam
lumpur semula jadi, sama sekali tidak selamat daripada paya kesyirikan dan
tidak mendapat panduan ke arah pintu kesyukuran yang luas itu.
Manakala mereka yang beradaMi atas jalan kenabian,
mereka telah melakukan hukuman yang dipenuhi dengan ubudiyah yang ikhlas kepada
Allah Yang Maha Esa. Mereka memutuskan bahawa matlamat terakhir bagi
kemanusiaan dan tugas asasinya ialah berakhlak dengan akhlak ketuhanan, iaitu
menghiaskan diri dengan pelbagai ciri mulia dan sifat terpuji yang
diperintahkan oleh Allah. Juga manusia hendak-lah menyedari kelemahannya lalu
dia berlindung kepada kudrat Allah; melihat kelemahannya lalu dia
mempertahankan dirinya dengan kekuasaan Allah; menyaksikan kefakirannya, lalu
dia berlindung dengan rahmat Allah; melihat kehajatannya, lalu dia mengambil
daripada kekayaan Allah, mengetahui kekurangannya, lalu dia benstightar kepada
Allah; dan menyedari kekurangannya, lalu dia bertasbih dan menyucikan
kesempurnaan Allah (s:w.t.).
Oleh sebab falsafah yang menderhaka kepada agama telah
sesat sejauh-sejauhnya, maka 'ana' telah menjadi pemegang kepada segala
urusan-nya, dan bergegas-gegas menuju setiap jenis kesesatan.
Demikianlah bagaimana pohon zaqum tumbuh di atas puncak
salah satu sudut 'ana' ini, yang telah menyelubungi separuh daripada
ke-manusiaan dengan kesesatannya dan membawa mereka menyeleweng daripada jalan
yang lurus. Manakala buah yang dipersembahkan oleh pohon zaqum yang keji itu
kepada pandangan manusia, ia merupakan pelbagai berhala dan tuhan yang berada
di atas dahan kekuatan kebinatangan yang bersyahwat. Ini kerana falsafah pada
dasarnya mengutamakan kekuatan dan menjadikannya asas dan kaedah yang
menentukan hala tuju manhajnya, hinggakan dasar 'kekuasaan bagi yang menang'
merupakan salah satu perlembagaannya. la juga mengambil prinsip 'kebenaran
berada di dalam kekuatan', ('Kenabian' pula hanya memperakui kekuatan yang
berada di dalam (digunakan untuk) kebenaran, bukan 'kebenaran beradadalam
kekuatan'. Kenyataan ini menolak kezaliman dan merealisasikan keadilan. -
Pengarang. ) lantas secara tidak langsung ia mengkagumi kezaliman dan
permusuhan, serta menggesa dan mengheret para taghut dan pembesar yang zalim
lagi melampaui batas agar mengaku diri sendiri sebagai tuhan.
Falsafah juga memiliki keindahan yang terdapat pada
segala makhluk, dan kecantikan rupa paras dan bentuknya, ia memilikinya kepada
makhluk dan rupa paras itu sendiri, dengan melupakan bahawa ke-indahan dan
kecantikan itu sebenarnya merupakan jelmaan kepada keindahan dan kecantikan
suci bagi Tuhan Yang Maha Indah, Cantik, Maha Suci, Pembentuk rupa paras dan Pencipta.
Falsafah hanya berkata: "Alangkah cantiknya benda ini!" yang
sepatutnya ia berkata: "Alangkah cantiknya penciptaan (kejadian) benda
ini!" Dengan ini, falsafah telah menjadikan kecantikan dan keindahan itu
sendiri umpama berhala yang berhak untuk disembah!
Falsafah juga memperelok fenomena kemasyhuran dan glamor
dan rupa luaran yang indah dengan tujuan riak dan membanggakan diri. Kerana
itu, ia mengalu-alukan orang-orang yang riak, mendorong mereka supaya
berterusan berada dalam kesesatan dan menjadikan mereka umpama berhala-berhala
yang menjadi hamba kepada orang yang menyembahnya. (Maksudnya, mereka yang
seumpama berhala itu menzahirkan suasana-suasana yang menyerupai peribadatan di
hadapan para pengagum mereka, demi menarik perhatian mereka dan sebagai
memenuhi tuntutan hawa nafsu mereka. Oleh itu merekalah penyembah dari satu
sudut, manakala dari sudut yang lain mereka juga objck yang disembah. -
Pengarang.)
Pohon zaqum itu juga membela para Fir'aun, Namrud dan
para taghut agar menguasai keseluruhan manusia yang lemah di atas dahan
kekuatan kemarahan.
Manakala di atas dahan kekuatan akal pula, ia meletakkan
golongan ateis, materialis, naturalis dan yang seumpama mereka yang terdiri
daripada buah-buahan yang keji di dalam akal kemanusiaan, lalu menyebabkan akal
manusia bercelaru tidak mampu beiiikir dengan sebaiknya.
Untuk menjelaskan hakikat ini, kami membandingkan
natijah-natijah yang terhasil melalui asas yang rosak melalui jalan falsafah
dan daripada natijah-natijah yang terhasil daripada asas yang benar melalui
jalan kenabian. Kami akan membataskan perbincangan ini terhadap beberapa contoh
sahaja daripada ribuan perbandingan yang ada.
Contoh pertama:
Antara kaedah kenabian yang diperakui dalam kehidupan
peribadi manusia ialah 'berakhlak dengan akhlak Allah'. Yakni hendaklah kamu
menjadi hamba Allah yang ikhlas, berhias dengan akhlak-akhlak-Nya, berlindung
dengan lindungan-Nya, mengiktiraf kelemahan, kefakiran dan kekurangan kamu
dengan sesungguhnya.
Maka apakah kedudukan kaedah ini jika dibandingkan
dengan kata-kata falsafah: "Serupakanlah dirimu dengan (Tuhan) yang wajib
(wujud)", yang dijadikan sebagai matlamat tertinggi oleh falsafah bagi
kemanusiaan?
Apalah sangat hakikat manusia yang sentiasa bergelumang
dengan kelemahan, kedaifan, kefakiran dan keperluan yang tidak terbatas jika
dibandingkan dengan hakikat (Tuhan) yang wajib wujud, iaitu Allah Yang Maha
Berkuasa, Gagah, Kaya dan Tinggi itu!
Contoh kedua:
Antara kaedah kenabian yang sabit dalam kehidupan
sosial, bahawa tolong-menolong merupakan satu perlembagaan yang menguasai alam
ini, bermula daripada matahari dan bulan, hingga kepada tumbuh-tumbuhan dan
haiwan. Dapat anda perhatikan bahawa tumbuh-tumbuhan membekalkan makanan kepada
binatang. Binatang pula membekalkan makanan kepada manusia. Bahkan
ketulan-ketulan makanan membekalkan kekuatan dan memperikan pertolongan kepada
sel-sel badan.
Bagaimana perlembagaan yang lurus ini, iaitu
perlembagaan tolong-menolong, undang-undang kemuliaan dan peraturan pemuliaan
ini, dapat dibandingkan dengan perlembagaan 'pertarungan' yang dibawa oleh
falsafah yang mengatakan bahawa 'pertarunganlah' yang menjadi pemutus terhadap
kehidupan sosial. Perlu diketahui bahawa 'pertarungan' hanya lahir daripada
sesetengah golongan zalim dan binatang buas yang mencakar, hasil daripada salah
guna yang dilakukan terhadap fitrah mereka. Bahkan falsafah terus tenggelam
dalam kesesatan sehingga menjadikan perlembagaan 'pertarungan' sebagai
pemerintah yang menguasai seluruh kewujudan ini. Lalu ia memperakukan dengan
kebodohan dan kedunguan yang teramat, bahawa kehidupan ini menjadi perdebatan
dan per-tarungan semata.
Contoh ketiga:
Antara natijah dan kaedah kenabian yang ideal lagi
tinggi dalam bidang tauhid ialah bahawa 'satu tidak lahir melainkan dari satu
juga'. laitu setiap sesuatu yang mempunyai unit, tidak lahir melainkan dari
satu sahaja, kerana selagi setiap benda itu mempunyai unit yang zahir, maka
sudah tentu ia terhasil daripada 'pengadaan' yang dilakukan oleh zat yang satu.
Manakala perlembagaan dan akidah kepercayaan falsafah lama pula mengatakan
bahawa 'satu tidak melahirkan melainkan satu sahaja'. laitu tidak lahir
daripada zat yang satu melainkan satu benda sahaja, kemudian benda-benda lain,
lahir atau terhasil melalui perantaraan beberapa benda pengantara. Kaedah
falsafah lama ini memberikan
sejenis bentuk kesyirikan kepada sebab dan pengantara yang wujud dalam sifat
rububiyah. la juga men-zahirkan bahawa Tuhan Yang Maha Berkuasa terhadap segala
sesuatu, Maha Kaya secara mutlak dan tidak memerlukan kepada yang lain, perlu
kepada pengantara-pengantara yang lemah. Bahkan mereka telah sesat
sejauh-jauhnya dan memberikan nama makhluk kepada al-khaliq (pencipta) sebagai
akal pertama! Mereka membahagikan seluruh kerajaan-Nya di antara para
pengantara tersebut dan membuka jalan yang luas ke arah syirik yang nyata.
Di manakah kedudukan perlembagaan tauhid kenabian itu
jika hendak dibandingkan dengan falsafah lama yang berpenyakit, tercemar dengan
syirik dan terpalit dengan kesesatan itu?
Jika golongan al-Ishraqi (Illuminis) yang merupakan
golongan ahli falsafah yang paling tinggi nilai falsafah dan kebijaksanaan-nya
sudahpun mengucapkan kata-kata yang rendah ini, maka bagaimanakah pula dengan
ahli falsafah dan hikmat lain yang terdiri daripada para materialis dan
naturalis?
Contoh keempat:
Antara perlembagaan bijaksana kenabian menyebutkan
bahawa setiap sesuatu mempunyai banyak hikmat dan manfaat, hingga-kan bilangan
buah kepada hikmat itu adalah sama banyak dengan bilangan buah yang terdapat
pada sesuatu pokok, sebagaimana yang difahami daripada firman Allah (s.w.t)
Maksudnya: "Dan tiada sesuatupun melainkan
bertasbih dengan memuji-Nya. " (Al-Isra' 17:44)
Jika terdapat hanya satu natijah - dahpada penciptaan
benda-benda yang mempunyai kehidupan - tertuju kepada makhluk itu sendiri, atau
hanya terdapat hanya satu hikmat daripada kewujudannya itu yang kembali
kepadanya, nescaya akan terdapat ribuan natijah dan hikmat yang kembali dan
tertuju kepada tuhannya yang maha bijaksana dan penciptanya yang maha mulia.
Manakala perlembagaan falsafah pula mengatakan bahawa
hikmat dan faedah daripada penciptaan setiap hidupan tertuju kepada dirinya
sendiri, atau kembali kepada manfaat dan kepentingan manusia itu sendiri!
Kaedah ini merampas banyak hikmat yang dihubungkan dengan segala benda yang
wujud dan membenkan sebahagian buah sahaja umpama sebiji sawi jika dibandingkan
dengan pohon besar yang hebat, lalu ia menukaikan semua benda yang wujud
menjadi sesuatu yang sia-sia.
Di manakah kedudukan kaedah falsafah yang rosak itu -
yang pada hakikatnya tidak mempunyai hikmatpun - dan mewarnai semua kewujudan
itu jika hendak dibandingkan dengan hikmat benar kenabian?
Kami membataskan perbincangan ini hingga setakat ini
sahaja, kerana telah kami bincangkan secara panjang lebar dalam Hakikat
Kesepuluh pada Kalimah Kesepuluh.
Dengan itu, boleh anda kiaskan ribuan contoh lain
berdasarkan keempat-empat contoh yang telah kami sebutkan di atas. Kami juga
telah mengisyaratkan kepada sebahagian daripadanya pada risalah al-Lawamic.
Kerana sandaran falsafah adalah kepada asas-asas yang
lemah serta natijah-natijahnya mengecewakan, maka ahli-ahli falsafah Islam yang
hebat, yang terpesona dengan kilauan hiasan falsafah, terdorong untuk menuruti jalan itu, umpama Ibn Sina
dan al-Farabi. Maka mereka hanya memperolehi darjat iman yang paling rendah
sekali, iaitu daijat iman orang biasa. Bahkan Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali
tidak memberikan mereka darjat tersebut.
Demikian juga dengan para imam al-Muctazilah.
Mereka merupakan ulama ilmu kalam yang mempunyai ilmu mendalam. Namun
disebab-kan mereka tertitnah dengan falsafah dan hiasannya dan kerana mereka
mengeratkan hubungan dengan falsafah dengan menjadikan akal sebagai hakim,
mereka tidak memperolehi apa-apa melainkan darjat seorang mukmin peringkat
permulaan (mubjtadi") lagi fasiq.
Demikian juga dengan Abu al-cAla* al-Macarri
yang merupakan salah seorang tokoh sasterawan Islam yang tersohor dengan
pesimistiknya, dan cUmar al-Khayyam yang masyhur dengan ratapan
keyatimannya, serta sasterawan-sasterawan lain yang terbilang dan terpedaya
dengan falsafah dan yang jiwa ammarah bi al-su' mereka terpesona dengannya,
telah menerima tamparan pengajaran dan lempangan penghinaan serta pengkafiran
daripada ahli-ahli hakikat dan kesempurnaan. Mereka ditempelak dengan
kata-kata: "Wahai orang-orang yang bodoh! Kamu melakukan kebodohan dan
akhlak yang buruk. Kamu juga melalui jalan golongan kafir zindiq, bahkan kamu
membela dan memeliharanya dalam dakapan kamu!"
Antara natijah kepada falsafah yang rosak itu ialah
bahawa 'ana' yang tidak mempunyai zat melainkan hanyalah suatu hakikat yang
lemah, seolah-olah seperti udara atau wap sahaja, tetapi dengan pandangan
falsafah yang pesimistik, berdasarkan pandangannya terhadap sesuatu dengan
pengertiannya sebagai nama (ism), 'ana' itu menjadi cair. Tetapi dengan sebab
kejinakan dan ketenggelaman ke dalam kebendaan dan syahwat, ia seolah-olah
mengeras semula. Kemudian ia dihinggapi oleh kealpaan dan keingkaran, lalu
'keakuan' itu terbeku semula. Kemudian dengan penderhakaan terhadap titah perintah Allah 'ana' itu menjadi
keruh, kehilangan kejernihan dan kehalusannya lalu menjadi pekat. Kemudian ia
menjadi keras semula sedikit demi sedikit sehingga la berupaya menelan tuannya.
Bahkan 'ana' itu tidak berhenti setakat itu sahaja, tetapi ia mula membesar,
membusung dan meluas dalam pemikiran manusia sehingga ia mula menyukat dan
mengukur manusia, bahkan sebab-musabab dengan membandmgkannya dengan dirinya
sendiri. Lalu dia memakaikan sifat Fir'aun kepada dirinya, sekalipun dia enggan
dan meminta per-lindungan daripada memiliki sifat tersebut. Apabila sampai ke
tahap itu, dia mula melangkah masuk ke dalam peringkat penentang kepada
permtah-perintah Allah, lalu dia sanggup berkata:
Maksudnya: "Siapakah yang dapat menghidupkan
tulang-tulang yang telah hancur seperti debu? (Yasin 36:78)
Seolah-olah dia mencabar Allah dan menuduh-Nya lemah.
Kemudian dia sanggup campur tangan dalam sifat-sifat Allah, lalu dia
meng-ingkari atau mengubah suai atau menolak sifat-sifat yang tidak sesuai
dengan hawa natsunya, atau yang tidak dikagumi oleh ego kefir'aunan-nya.
Contohnya:
Sekumpulan ahli falsafah menamakan Allah (s.w.t) sebagai
al-mujib bi al-dhat (yang mewajibkan pewujudan sesuatu dengan zat-Nya), lalu
mereka menafikan sifat iradah (berkehendak) dan ikhtiyar (pilihan) daripada
Allah. Mereka mendustakan penyaksian seluruh alam terhadap sifat iradah-Nya
yang mutlak.
Maha Suci Allah! Alangkah ajaibnya manusia ini! Segala
kewujudan, daripada atom sehingga matahari, kesemuanya dengan jelas
menunjuk-kan sifat iradah Allah (s.w.t), bagaimana benda-benda itu wujud,
tersusun, mempunyai hikmat dan neraca tertentu; bagaimanakah ia tidak bolth
dilihat oleh mata falsafah? Semoga Allah membutakan mata mereka!
Sekumpulan ahli falsafah yang lain pula mendakwa bahawa
ilmu Allah tidak bergantung dengan juz'iyat, dengan menafikan bahawa ilmu Allah
meliputi segala sesuatu. Mereka juga enggan menerima penyaksian benar seluruh
makhluk terhadap keilmuan Allah yang meliputi segala sesuatu.
Falsafah juga mengurniakan sifat 'memberi kesan' kepada
sebab-musabab, memberikan sifat 'pengadaan' dan 'penciptaan' kepada tangan
semula jadi (nature). la tidak melihat tanda-tanda berkerlipan yang terdapat
pada setiap benda wujud yang menunjukkan kepada Tuhan Pencipta Yang Maha Besar
— sebagaimana yang telah kami buktikan di dalam Kalimah Kedua Puluh Dua. Di
samping itu, ia juga menyandarkan penciptaan sebahagian makhluk yang wujud -
yang pada hakikatnya merupakan hasil bentukan tangan Ilahi - kepada semula jadi
(nature) yang lemah, beku dan tidak mempunyai perasaan, yang memiliki hanya
kebetulan dan kekuatan yang meraba-raba dan buta sahaja. la menjadikan
semulajadi (nature) sebagai sumber kepada penciptaan sesuatu dan pemberi kesan
terhadapnya! Dengan itu, ribuan hikmat yang terdapat pada segala makhluk yang
wujud terlindung tidak dapat dilihat lagi.
Falsafah juga, tidak mendapat petunjuk ke arah pintu
akhirat yang luas. la mendustakan kebangkitan semula manusia dan mendakwa
bahawa roh bersifat azali. Sedangkan Allah (s.w.t.) dengan segala al-asma'
al-husna-Nya., alam dengan segala hakikatnya, nabi-nabi dan rasul-rasul dengan
segala hakikat yang mereka bawa dan kitab-kitab langit dengan segala ayatnya
yang mulia, menjelaskan bahawa kebangkitan semula dan akhirat pasti akan
berlaku, sebagaimana yang telah kami buktikan pada Kalimah Kesepuluh (berkenaan
dengan kebangkitan semula manusia selepas kematian).
Dengan ini, anda bolehlah membandingkan keseluruhan
permasalahan perbincangan falsafah dengan khurafat-khurafat ini.
Ya! Seolah-olah syaitan menyambar akal ahli falsafah
yang mulhid itu dengan paruh, kuku dan taring 'ana' dan mencampakkannya ke
lembah kesesatan, lalu dicarik-carikkannya dengan teruk sekali.
'Ana' di alam yang kecil (iaitu alam manusia), sama
dengan semula jadi (nature} di maya yang luas. Kedua-duanya merupakan taghut.
Pirman Allah (s.w.t)
Maksudnya: "Oleh itu, sesiapa yang tidak
mempercayai Taghut dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah
berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan
(ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. " (Al-Baqarah 2:256)
***
Lapan tahun sebelum saya mengarang risalah ini, saya
telah melihat satu kejadian khayalan. Ketika itu saya berada di Istanbul pada
bulan Ramadan yang mulia. Ketika itu juga, Sacid Lama yang sedang
menyibukkan diri dengan falsafah, hampir bertukar untuk menjelma menjadi Sacid
Baru. Ketika saya memerhatikan tiga jalan yang di-isyaratkan pada akhir Surah
al-Fatihah, iaitu firman Allah: (***)
saya melihat kejadian khayali tersebut, iaitu satu
kejadian yang menyerupai sebuah mimpi. Ketika itu, saya merakamkan kejadian itu
di dalam kitab saya yang bertajuk al-Lawamic dalam bentuk
pelancongan khayalan dan menyerupai puisi. Sekarang, sudah tiba masanya untuk
saya menerang dan menghuraikan maknanya, kerana ia menjelaskan lagi hakikat
yang tersebut di atas.
Saya melihat diri saya berada di tengah padang pasir
yang amat luas. Langit bergelora dengan awan yang hitam pekat. Nafas hampir
tersekat. Tiada bayu, tiada cahaya, tiada air. Semuanya hilang.
Saya terbayang seolah-olah bumi ini dipenuhi dengan
binatang-binatang buas dan memudaratkan. Lalu terlmtas di dalam hati saya
bahawa di sebelah sana bumi terdapat angin sepoi-sepoi bahasa, air yang lazat
dan cahaya yang indah. Oleh itu saya mesti melintas untuk pergi ke sana.
Kemudian saya mendapati saya ditarik menuju ke tempat tersebut tanpa kehendak
saya. Saya memasuki sebuah gua di dalam tanah umpama terowong yang menembusi
gunung. Saya berjalan, selangkah demi selangkah di dalam perut bumi. Saya
melihat ramai orang telah mendahului saya melalui jalan tersebut yang berada di
dalam perut bumi itu, tetapi mereka tidak meneruskan perjalanan mereka kerana
mereka tetap berada di tempat mereka dalam keadaan tercekik. Saya melihat
kesan-kesan tapak kaki mereka dan kadang-kadang terdengar suara beberapa orang
daripada mereka. Kemudian suara-suara mereka terputus tidak kedengaran lagi.
Wahai saudaraku yang menemaniku dalam perjalanan
khayalanku ini!
Bumi itu ialah tabiat (nature) dan falsafah tabi'i.
Manakala terowong itu pula merupakan jalan yang dilalui oleh ahli falsafah
dengan pemikiran mereka bagi mencapai hakikat. Kesan-kesan tapak kaki yang saya lihat pula menjadi kepunyaan
ahli-ahli falsafah yang tersohor seperti Platr» dan Aristotle (Jika anda
berkata, siapakah anda sehmgga anda dapat menandingi mereka yang tersohor itu?
Adakah anda menjadi umpama lalat yang cuba campur tangan untuk terbang
bersama-sama dengan banyak helang yang besar? Saya menjawab, kerana saya mempunyai
seorang ustaz yang agung, iaitu al-Qur'an al-Kanm, maka saya rasa tidak
terpaksa untuk mempedulikan sedikitpun - dalam perjalanan mencari hakikat dan
maknfat - helang-helang yang hebat itu, yang menjadi murid kepada falsafah yang
tercemar dengan kesesatan dan akal yang teruji dek angan-angan. Walaupun
kedudukan saya lebih rendah satu darjat danpada kedudukan mereka, namun usta/
mereka jauh lebih rendah tidak terhingga, jika dibandingkan dengan kedudukan
ustaz saya. Dengan kelebihan dan ketinggian hemah yang terdapat pada ustaz
saya, bahan-bahan cairan yang menenggelamkan mereka, tidak berjaya walaupun
hanya untuk membasahkan kaki saya. Ya! Seorang tentera biasa yang menjalankan
penntah dan undang-undang seorang raja yang hebat, mampu melaksanakan pekerjaan
yang tidak dapat dilakukan oleh seorang jeneral yang bekerja di sisi seorang
raja yang tidak berkuasa. – Pengarang) . Suara-suara yang saya dengar ialah
suara orang yang pintar seperti Ibn Sina dan al-Farabi. Ya, saya pernah
menjumpai kata-kata Ibn Sina dan beberapa undang-undangnya di beberapa tempat,
namun suara itu terus terputus sama sekali. Ini menunjukkan bahawa dia tidak
mampu untuk terus maju ke hadapan, kerana sudah tercekik. Walau bagaimanapun,
saya telah menjelaskan kepada anda sebahagian hakikat yang tersembunyi dalam
khayalan untuk mengurang dan meringankan kerinduan anda. Sekarang marilah kita
kembali kepada kisah perjalanan atau pelancongan saya!
Saya terus berjalan, tiba-tiba terdapat dua benda berada
di dalam tangan saya.
Pertama: Sebuah lampu elektrik yang memecah kegelapan tabi'i yang berada di bawah bumi.
Kedua: Sebuah alat besar yang menghancurkan ketulan-ketulan batu sebesar gunung, lalu terbuka sebuah jalan di hadapan saya.
Ketika itu, dibisikkan ke telinga saya: "Kedua-dua
lampu dan alat itu, dikurniakan kepada engkau daripada khazanah
al-pur^an." Demikian-lah keadaan saya sehingga saya berjalan beberapa
ketika lagi dalam keadaan tersebut. Kemudiannya saya mendapati din saya sudah
sampai ke sebelah sana. Tiba-tiba matahari memancarkan cahaya ke langit bersih,
cantik dan tidak mempunyai awan, pada musim bunga yang indah permai. Bayu
bertiup seolah-olah mempunyai roh. Air lazat, segar dan sejuk mengalir. Saya
melihat satu alam yang diliputi oleh kegembiraan dan dipenuhi oleh kegirangan
di segenap penjuru, lalu saya memuji Allah.
Kemudian saya melihat kepada diri saya, lalu saya
mendapati bahawa saya tidak memiliki dan tidak mempunyai kekuasaan ke atas
semuanya itu. Bahkan salah seorang -daripada mereka mencuba menguji saya. Tiba-tiba
saya dapati diri saya sekali lagi berada di padang pasir yang amat luas. Awan
tebal menggunungi bumi lalu keadaan menjadi gelap pekat. Pernafasan hampir
tercekik kerana kesempitan. Saya merasa ada seorang pemandu yang membawa saya
ke jalan yang lain. Tiba-tiba saya melihat bahawa pada kali ini, saya berjalan
di atas permukaan bumi, bukan di dalam perut bumi, menuju ke sebelah sana bumi.
Dalam perjalanan ini, saya melihat beberapa perkara yang menakjubkan dan
pemandangan-pemandangan ganjil yang tidak mampu untuk digambarkan; laut
kelihatan marah terhadap saya, angin puting beliung mengancam saya dan setiap
benda mencampakkan halangan dan kesukaran di hadapan perjalanan saya itu.
Tetapi segala kesukaran itu dipermudah dengan kelebihan perjalanan pelancongan
ini yang dianugerahkan kepada saya melalui al-Qur'an al-Kanm. Saya berjaya
mengatasi kesukaran tersebut dengan wasilah tersebut. Saya mula mengatur
langkah demi langkah. Saya melihat jasad dan mayat para pelancong
bergelimpangan di tepi jalan, di sana sini. Hanya seorang dalam seribu orang
yang berjaya menghabiskan perjalanan pelancongan ini. Walau bagaimanapun, saya
terselamat daripada kegelapan awan yang mencekik itu dan saya berjaya sampai ke
sebelah sana bumi. Saya menemui matahari hakikat yang indah, saya merasai
tiupan angin yang segar dan saya mula bersiar-siar di dalam dunia yang indah
seperti syurga itu, seraya mengulang-ulangkan perkataan 'Alhamdulillah'.
Kemudian saya tidak ditinggalkan begitu saja di sana.
Terdapat seorang yang seolah-olahnya mahu menunjukkan satu jalan lain kepada
saya. Lantas dengan segera dia mengembalikan saya ke tempat permulaan saya tadi
iaitu di padang pasir yang luas itu. Saya melihat, tiba-tiba saya mendapati
beberapa benda berjatuhan dari atas seperti lif-lif elektrik turun ke bawah
dalam pelbagai bentuk. Sebahagiannya menyerupai kapal terbang, sebahagian lain
menyempai kereta dan sebahagian lain menyerupai bakul-bakul yang bergantungan.
Mana-mana manusia yang boleh bergantung dengan salah satu benda tersebut, berdasarkan
kekuatan dan kesediaannya, dia akan diangkat ke atas. Lalu saya menaiki salah
satu daripada benda tersebut. Tiba-tiba, dalam satu minit sahaja, saya sudah
berada lebih tinggi daripada awan, di atas kemuncak pergunungan yang indah dan
menghijau. Awan hanya berjaya sampai separuh ketinggian gunung itu sahaja. Di
setiap tempat kelihatan terdapat cahaya yang indah, air yang lazat dan bayu
yang lembut. Ketika saya melayangkan pandangan ke selumh pelosok tempat
tersebut, saya nampak mmah-rumah bercahaya yang menyerupai lif, bertaburan di
segenap tempat. Saya juga telah melihat seumpamanya di sebelah sana bumi dalam
dua perjalanan saya sebelum ini, tetapi saya tidak memahami apa-apa. Namun saya
sekarang memahami bahawa rumah-rumah tersebut sebenarnya ialah jelmaan kepada
ayat-ayat al-Qur'an al-Karim.
Demikianlah, jalan pertama ialah jalan orang yang sesat
sebagaimana yang diisyaratkan oleh perkataan (***), iaitu jalan orang yang
tergelincir daripada kefahaman sebenar dengan mengambil konsep tabi'i (nature)
dan mempelopori pemikiran golongan naturalis. Anda semua telah merasai
bagaimana kesukaran yang terpaksa ditempuh untuk sampai kepada hakikat melalui
jalan yang penuh dengan masalah dan halangan.
Jalan kedua ialah jalan yang diisyaratkan oleh perkataan
(***), iaitu jalan para penyembah sebab - musabab, dan orang yang memberikan
sifat 'mencipta' dan 'mengadakan' kepada perantaraan (makhluk). Mereka juga
menyandarkan 'pengesanan' (al-ta'thir) kepada perantaraan tersebut. Mereka mahu
mencapai hakikat makrifat Allah (s.w.t) melalui jalan akal dan pemikiran
semata-mata. Mereka adalah seperti golongan ahli falsafah al-Masha'iyun.
Manakala jalan ketiga yang diisyaratkan oleh perkataan (***)
ialah jalan lurus, serius dan bercahaya bagi ahli al-Qur'an. la menjadi jalan
yang paling pendek, paling selamat dan paling mudah. la terbuka di hadapan
semua orang untuk melalumya. la merupakan jalan langit, kerahmatan dan cahaya.
Tujuan Kedua
(Khusus tentang perubahan zarah atau atom)
Mengisyaratkan kepada salah satu zarah daripada khazanah
ayat al-Qur'an berikut:
Maksudnya: "Z)a« orang-orang yang kajlr berkata:
"Hari kiamat ilu tidak akan datang kepada kami. " Katakanlah (wahai
Muhammad): "Bahkan (tetap datang). Demi Tuhanku yang mengetahui segala
perkara yang ghaib! Hari kiamat itu sesungguhnya akan datang kepada kamu.
" Tiada tersembunyi dari pengetahuan-Nya barang seberat debit yang ada di
langit atau di bumi dan tidak adayang lebih kecil daripada itu atau yang lebih
besar melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata. " (Saba' 34:3)
Tujuan mi menjelaskan secebis zarah daripada khazanah
agung bagi ayat tersebut. laitu la menjelaskan permata yang dikandungi oleh
peti kecil zarah tersebut. la juga menyentuh sebahagian yang amat kecil danpada
pergerakan dan tugas sesuatu zarah. Ini dijelaskan di dalam tiga noktah dan
didahului oleh mukadimah.
Mukadimah
Perubahan dan perlegaran zarah-zarah merupakan gambaran
kepada gegaran dan perpindahannya ketika berlaku penulisan kalam kekuasaan
Ilahi bagi tanda-tanda kekuasaan Allah yang berbentuk (kejadian) (takwini) pada
kitab alam ini. la bukanlah seb gaimana yang disangka-kan oleh golongan
materialis dan naturalis yang mengatakan bahawa ia menjadi mainan 'kebetulan'
melalui pergerakan 'tak tentu' yang tidak mempunyai sebarang makna dan tujuan.
Ini kerana setiap zarah akan berkata pada permulaan pergerakannya:
"Bismillah", sebagaimana yang diucapkan oleh sekalian benda yang
wujud. Juga kerana zarah itu memikul bebanan-bebanan yang keberatannya jauh
melebihi daripada kemampuannya yang terbatas. Seperti biji benih pohon pain
yang memikul batang pohonnya yang besar di atas bahunya. Kemudian setelah
selesai melaksanakan tugasnya, ia berkata: "Alhamdulillah", kerana ia
menzahirkan kesan yang indah, seolah-olah ia mengungkap-kan satu kasidah yang
cemerlang untuk memuji Tuhan Pencipta Yang Maha Mulia, kerana keindahan kualiti
yang terdapat di dalam ciptaan-Nya, serta keindahan gambaran yang menunjukkan
pengertian men-dalam yang dibingungi oleh akal. Jika anda mahu, anda boleh melihat
buah delima dan jagung dengan mendalam.
Ya! Sesungguhnya perubahan dan perpindahan zarah-zarah,
merupakan pergerakan dan gegaran yang mempunyai pengertian yang mendalam. la
lahir daripada penulisan kalimah-kalimah kekuasaan Ilahi dan pemadamannya pada
papan (lawh) pemadaman dan penetapan (al-mahw wa al-ithbat), yang merupakan
hakikat zaman yang sentiasa berjalan dan lembarannya yang mithali. Penulisan
kalam kekuasaan Ilahi itu disalin daripada kitab yang jelas (al-kitab al-mubin)
yang menjadi tanda kepada kudrat dan iradat Allah (s.w.t). la juga merupa-kan
paksi pengurusan untuk mengadakan dan membentuk sesuatu daripada dunia
kenyataan dan zaman sekarang, berdasarkan perlembagaan al-Qur'an yang menjadi
paksi kepada seluruh ciri-ciri asasi, ciri-ciri rantingan dan keistimewaan
segala sesuatu, iaitu menjadi paksi kepada asal setiap benda yang telah lalu,
mahupun keturunan yang akan datang, yang berada di dalam lipatan alam ghaib. la
juga menjadi tanda kepada ilmu Ilahi dan segala urusan pemerintahannya. (*)
(*) (Perkataan al-imam al-mubin dan al-kitab al-mubin
disebutkan bebcrapa kali di dalam al-Qur'an. Sesetengah ahli tafsir mengatakan
bahawa kedua-duanya mempunyai makna yang sama. Manakala sesetengah yang lain
mengatakan bahawa maknanya berbeza dan mereka menafsirkan hakikatnya dengan
beberapa sudut yang berbeza Kesimpulan penafsiran mereka, bahawa kedua-dua
perkataan tersebut merupakan dua tanda yang menunjukkan kepada ilmu Ilahi. Akan
tetapi saya yakin sepenuhnya - melalui limpahan al-Qur'an terhadap saya -
bahawa perkataan al-imam al-mubin merupakan satu tanda kepada satu jenis itmu
Ilahi, yang lebih tertuju kepada alam ghaib daripada alam kenyataan, iaitu ia
lebih tertuju kepada masa lalu dan akan datang daripada tertuju kepada masa
sekarang. Dengan kata-kata lain, ia merupakan rekod bagi qadar (takdir) Ilahi
yang melihat kepada asal dan keturunan segala sesuatu. Melihat akar umbi dan
biji benihnya lebih dahpada melihat kepada kewujudan zahirnya. Kewujudan rekod
ini telah dibuktikan dalam Kalimah Kedua Puluh Enam dan juga pada catatan bawah
Katimah Kesepuluh. Ya! Al-Imam al-mubin ini merupakan tanda bagi satu jenis
ilmu Ilahi. Ini bermakna bahawa pengeluaran dan penghasilan besar, umbi dan
asas sesuatu dalam keadaan yang amat baik dan sempurna, menunjukkan bahwa
sistem dan kesempurnaan ini berlaku berdasarkan rekod perlembagaan ilmu Ilahi.
Kerana natijah, hasil, keturunan atau benih sesuatu merupakan rekod kecil
kepada titah penntah Ilahi kerana ia mengandungi pelbagai program dan senarai
segala benda yang wujud, maka bolehlah kita katakan, bahawa biji benih -
misalnya - merupakan gambaran terhadap pelbagai program dan senarai kecil yang
dibentuk bagi seluruh bahan yang akan membentuk susunan pohon yang besar. Biji
benih itu juga merupakan gambaran kepada arahan-arahan pembentukan
(al-takwiniyah) yang menentukan pelbagai bentuk dan senarai itu.
Kesimpulannya, bahawa Al-Imam al-mubin lalah senarai dan
pelbagai program bagi pohon penciptaan, yang segala akar, dahan dan rantingnya
menjangkau masa lalu, akan datang dan alam yang ghaib. Dengan pengertian ini,
ia menjadi rekod Ilahi dan bermacam-macam buku kepada perlembagaannya. Segala
zarah diheret untuk bergerak dan melaksanakan tugasnya di dalam segala benda
melalui penulisan dan hukum perlembagaan tersebut.
Manakala al-kitab al-mubin pula lebih tertuju kepada
alam kenyataan atau penyaksian (al-shahadah) daripada tertuju kepada alam yang
ghaib. laitu ia lebih melihat masa sekarang daripada melihat masa lalu dan akan
datang. Oleh itu ia lebih menjadi tanda, rekod dan kitab kepada al-qudrah dan
al-iradah al-ilahiyah, daripada menjadi tanda kepada itmu dan perintah Ilahi.
Dengan ungkapan lain, jika al-imam al-mubin adalah menjadi rekod kepada qadar
(takdir) Ilahi, maka al-kitab al-mubin menjadi rekod kepada kekuasaan Ilahi
(al-qudrah al-Ilahiyah). Maksudnya, ketertiban dan kualiti yang ada pada
kewujudan, keperibadian, sifat dan hal ehwal sesuatu menunjukkan kewujudan
telah disimbahkan ke atas sesuatu itu, membentuk gambarannya, menentukan
kadarnya dan memberikan bentuknya yang khusus, berdasarkan perlembagaan kudrat
yang sempuma dan undang-undang iradah yang berkesan. Maka qudrah dan iradah
ilahiyah itu mempunyai undang-undang umum dan khusus, terpelihara dalam rekod
agung, yang menghurai dan memberikan bentuk pakaian yang tertentu kepada setiap
sesuatu, berdasarkan undang-undang tersebut. Kewujudan rekod ini telah terbukti
dan disabitkan di dalam risalah al-qadar al-ilahiyan wa al-juz' al-ikhtiyari,
sebagaimana terbukti juga kewujudan al-imam al-mubin di dalam risalah tersebut.
Lihatlah kedunguan para ahli falsafah yang sesat dan
alpa! Mereka merasakan kewujudan loh mahfuz bagi kekuasaan Ilahi yang
menciptakan. Mereka juga merasakan kehadiran fenomena-fenomena kitab yang
melihat hikmat rabbani dan iradahnya yang terlaksana ke atas segala benda.
Mereka juga perasan akan pelbagai gambaran dan contohnya, tetapi mereka
menamakannya tabi'i (nature), lantas mereka memadamkan cahayanya. Maha Suci
Allah!
Demikanlah, melalui arahan daripada al-kitab al-mubin,
iaitu dengan hukum danpada takdir Ilahi dan perlembagaannya yang mesti
dilaksanakan, al-qudrah al-ilahi\yah menulis - ketika mengadakan siri
benda-benda yang wujud yang kesemuanya menjadi tanda - mengadakan dan
menggerakkan zarah-/arah di atas papan pemadaman dan pcnetapan (al-mahw wa
al-ithbat) yang merupakan lembaran mithali kepada zaman
Gerakan-gerakan zarah hanyalah gegaran dan gerakan yang
berlaku ketika benda-benda yang wujud melintas - ketika berlaku penulisan dan
penyalinan tersebut - dan alam yang ghaib kepada alam yang nyata, iaitu
daripada ilmu kepada kudrat. Papan pemadaman dan penetapan pula menjadi rekod
yang sentiasa berubah daripada loh mahfuz yang lebih besar, sabit dan
berpanjangan. Papan penulisan dan pemadaman (al-kitabah wa al-mahw) pula berada
di dalam kawasan benda-benda mumkinat (bukan wajib al-wujud), yakni 1 merupakan
rckod bagi benda-benda yang sentiasa terdedah kepada mati dan hidup, kepada
kebmasaan dan kehidupan. kerana inilah hakikat masa (zaman). Ya! Sebagaimana
setiap benda mcmpunyai hakikatnya, maka hakikat apa yang kita namakan sebagai
zaman yang sentiasa berjalan bagaikan sebuah sungai besar di dalam alam ini,
sebenamya la sama dengan sehelai kertas dan dakwat yang digunakan bagt menulis
al-qudrah al-ilahiyah di atas papan pemadaman dan penetapan. Hanya Allah yang
mengetahui perkara ghaib. - Pengarang. )
Noktah Pertama
Mengandungi Dua Perbahasan
Apabila setiap zarah bergerak dan diam, terpancar dua
cahaya tauhid. Kedua-duanya ibarat matahari yang memancar. Kami telah
mem-buktikan dengan ringkas dan penuh keyakinan dalam Isyarat Pertama daripada
Kalimah Kesepuluh dan kami menjelaskan lagi dalam Kalimah Kedua Puluh Dua,
bahawa jika setiap zarah itu tidak di-perintah dengan perintah-perintah
daripada Allah (s.w.t.) dan jika ia tidak bergerak dengan keizinan dan
perbuatan-Nya dan jika ia tidak berubah dengan ilmu dan kudrat-Nya, nescaya
pasti setiap zarah itu mempunyai ilmu yang tidak berkesudahan, kudrat yang
tidak ber-sempadan, penglihatan yang melihat segala sesuatu, wajah (sudut) yang
dengannya ia menghadapkan mukanya kepada segala sesuatu dan perintah yang
terlaksana pada segala sesuatu.
Ini adalah kerana setiap zarah sesuatu bekerja - atau
boleh bekerja -melakukan pekerjaan yang tersusun di dalam jisim setiap benda
hidup. Perlu disebutkan di sini bahawa sistem setiap benda dan undang-undang
penyusunannya berbeza antara satu sama lain. Sesuatu tidak boleh dilakukan
selagi tidak diketahui sistemnya. Jika zarahnya tetap melakukan sesuatu (dalam
keadaan tidak mengetahui sistemnya) pasti ia akan melakukan kesalahan. Tetapi
apa yang berlaku, kita mendapati bahawa segala pekerjaan dilakukan tanpa
berlaku kesilapan. Jadi mungkm zarah tersebut bekerja mengikut perintah orang
yang memiliki ilmu
yang meliputi segala sesuatu dan dengan keizinan, ilmu serta iradah-Nya atau
mungkin juga zarah itu sama-sama mempunyai ilmu yang meliputi dan kudrah yang
mutlak!
Setiap molekul udara, mampu untuk memasuki badan setiap
benda hidup, buah, bunga dan binaan daun, serta bekerja di dalamnya, sedangkan
binaan dan susunan sistem setiap benda tersebut berbeza antara satu sama lain.
Kalaulah kilang buah tin - misalnya - serupa dengan kilang tekstil, nescaya
kilang buah delima juga sama dengan kilang membuat gula. Sedangkan reka bentuk
dan binaan kilang kedua-duanya berbeza antara satu sama lain.
Molekul-molekul udara ini masuk atau boleh masuk ke
dalam setiap daripada benda-benda tadi dan dengan penuh kemahiran dan
kebijaksanaan, ia boleh bekerja dan mengambil kedudukan tertentu di dalamnya. Kemudian
setelah tugasnya selesai, ia pergi meninggalkan tempat itu untuk meneruskan
tugasnya.
Demikianlah keadaan molekul yang bergerak di udara yang
juga bergerak. la hanya berada di dalam salah satu danpada dua keadaan sahaja.
Sama ada ia mengetahui gambaran-gambaran yang dipakaikan kepada semua jenis
binatang dan tumbuh-tumbuhan, buah-bur.han dan bunga-bungaannya dan mengetahui
juga sukatan serta kadar setiap benda itu dan reka bentuk binaannya, atau
molekul itu diperintahkan melalui satu perintah yang datang daripada seseorang
yang mengetahui segala perkara tersebut dan bekerja berdasarkan iradah-Nya.
Ada seorang pergi ke Eropah, dalam keadaan tidak
mengetahui langsung tentang sarana-sarana tamadun, di samping itu dia juga
buta. Jika orang ini datang ke sana (Eropah) dan memasuki kesemua makmal dan
kilang, serta dapat melakukan pembuatan benda-benda yang menakjubkan di dalam
berbagai-bagai bentuk bangunan, dalam keadaan penuh tersusun, kebijaksanaan dan
kemahiran yang menghairankan akal, maka sudah tentu seseorang yang mempunyai
walaupun secebis perasaan akan mengetahui dan menyedari secara yakin bahawa
orang tersebut tidak melakukan kesemua perkara tersebut dengan sendiri, bahkan
terdapat seorang pakar yang menunjuk ajar dan mem-bimbingnya bagaimana melaksanakan
segalanya,
Jika terdapat seorang yang tidak berupaya, buta,
tempang, terperuk di dalam pondok usangnya, tidak dapat bergerak, kemudian
dibawa masuk kepadanya sedikit anak batu, sepotong tulang dan sepotong kapas;
tiba-tiba pondok usangnya itu mengeluarkan bertan-tan gula, bergulung-gulung
tekstil, ribuan ketul permata, bersama dengan pakaian yang paling cantik dan
perhiasan yang paling membanggakan, di samping makanan-makanan yang amat lazat;
maka tidakkah seseorang yang mempunyai secebis akal fikiran akan berkata bahawa
lelaki yang buta dan tempang itu, hanyalah seorang jaga kepada kilang yang
hebat dan khadam kepada seorang tuan yang memiliki mukjizat?
Begitulah juga dengan gerakan-gerakan zarah udara, serta
bagaimana ia bekerja pada tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok, bunga-bungaan dan
buah-buahan. Setiap satu daripadanya merupakan penulisan ketuhanan yang
diperlukan oleh sekalian makhluk. Setiap satunya juga merupakan keindahan
pcnciptaan rabbani, mukjizat kudrat ilahi dan keluarbiasaan hikmat Ilahi.
Zarah-zarah tersebut tidak akan bergerak dan berpindah dari satu tempat ke satu
tempat yang lain melainkan dengan arahan Tuhan Yang Maha Membuat Lagi Maha
Bijaksana, yang mempunyai kcmuliaan dan dengan kehendak Tuhan Yang Maha
Mencipta Yang Maha Mulia dan yang mempunyai keindahan.
Bandingkan keadaan ini dengan zarah tanah yang menjadi
tempat tumbuh tangkai yang hanya berasal daripada biji benih sahaja. Setiap
satunya mcnjadi mesin menakjubkan yang berbeza antara satu sama lain Setiap
satunya juga merupakan papan tanda yang mengiklankan nama-nama Allah yang baik,
berbeza dengan yang lain. Setiap satunya juga merupakan qasidah terpelihara yang memberikan
pujian terhadap kesempurnaan Allah (a.w.j). Tidak -syak.,lagi, biji-biji benih
tersebut tidak menjadi tempat tumbuh pokok dan tumbuh-tumbuhan melainkan dengan
arahan Allah yang memiliki perintah kun fa yakun. Setiap benda tunduk kepada
perintah-Nya, tidak bekerja melainkan dengan keizinan, iradah dan kekuatan-Nya.
Inilah keyakinan yang teguh dan pasti. Kami beriman!
Perbahasan ini merupakan ibarat isyarat mudah yang
ditujukan kepada pelbagai tugas dan hikmat yang terdapat pada pergerakan zarah.
Golongan materialis yang akal mereka turun kepada mata,
melihat hanya benda sahaja. Mereka melihat kewujudan ini dengan hikmat
kebijaksanaan mereka yang kosong daripada kebijaksanaan dan falsafah mereka
yang berdasarkan kepada kesia-siaan: bahawa segala pertukaran zarah yang
berlaku terikat dengan 'ketidaksengajaan' (kebetulan), sehingga mereka menjadikannya
sebagai kaedah yang jitu bagi semua perlembagaan mereka. Mereka juga
menjadikannya sebagai sumber kewujudan makhluk-makhluk yang rabbani (ciptaan
tuhan).
Sesiapa yang mempunyai sezarah akalpun dengan yakin
mengetahui betapa jauhnya mereka daripada kelogikan akal, ketika mereka
menyandarkan makhluk yang dihiasi dengan hikmat kebijaksanaan yang semula jadi
ini kepada sesuatu yang bercampur aduk secara tidak teratur dalam keadaan tidak
mempunyai sebarang hikmat dan pengertian.
Menurut perspektif dan hikmat al-Qur'an, ia melihat
bahawa segala perubahan zarah yang berlaku, mempunyai hikmat yang amat banyak
dan matlamat yang tidak terhitung serta tugasan yang tidak terhad.
Perkara ini diisyaratkan oleh ayat berikut:
Maksudnya: "Dan tiada sesuatupun kecuali bertasbih
dengan memuji-Nya. " (Al-Isra' 17:44)
Banyak lagi ayat lain yang mengisyaratkan perkara yang
sama.
Sebagai contoh, di sini kami mengisyaratkan kepada
beberapa ayat tersebut sebagaimana berikut:
Pertama: Sesungguhnya Allah (s.w.t) menggerak dan
mem-pergunakan zarah-zarah tersebut 'dengan kudrat-Nya bagi membaharui
penjelmaan proses pengadaan pada sekalian makhluk. Dia menjadikan setiap roh
sebagai model. Pada setiap tahun Dia memakaikan roh tersebut dengan jasad baru
yang terdiri daripada mukjizat kudrat-Nya. Dari kitab yang satu, Dia menyalin
ribuan kitab yang pelbagai ber-dasarkan kebijaksanaan-Nya yang sempurna. Dia
men-zahirkan satu hakikat di dalam bentuk dan gambaran yang bermacam-macam. Dia
melapangkan sesuatu tempat dan mempersiapkannya bagi menerima kedatangan
makhluk, alam dan kewujudan yang baru, sekumpulan demi sekumpulan.
Kedua: Sesungguhnya Tuhan yang memiliki kerajaan dan kebesaran telah
mencipta dunia ini - terutamanya per-mukaan bumi ini - dalam bentuk sebuah
ladang yang besar. Dia mempersiapkannya supaya dapat menerima pem-besaran
segala hasil mahsul, pembesaran segala makhluk yang wujud, pertukaran
keadaannya dan perkembangannya. Atau dengan kata lain, Dia mempersiapkan bumi
ini untuk discmai dengan
mukjizat-mukjizat kudrat-Nya yang tidak berpenghujung dan kemudian untuk menuai
hasilnya.
Pada setiap zaman, pada setiap musim, pada setiap bulan,
pada setiap hari, bahkan pada setiap detik, Allah (s.w.t) menonjolkan beberapa
makhluk baru bagi memperlihatkan mukjizat kudrat-Nya. Allah memberikan pelbagai
peng-hasilan baru kepada permukaan bumi ini dengan meng-gerak dan menugaskan
zarah-zarah berdasarkan kebijak-sanaan yang sempuraa dan sistem yang kemas.
Dengan gerakan zarah-zarah ini, Allah (s.w.t) menjelaskan hadiah-hadiah kerahmatan-Nya
yang lahir daripada khazanah-Nya dan model-model mukjizat kudrat-Nya yang tidak
pernah kenng serta kehabisan.
Ketiga: Allah (s.w.t) menggerak dan mempergunakan zarah-zarah
dengan kebijaksanaan yang sempurna pada beberapa tugasan yang tersusun, bagi
menampilkan keindahan sekalian makhluk yang wujud, agar nama-nama Allah yang
baik itu (al-asma' al-husnd) sentiasa menggambarkan penjelmaan pengertiannya
yang tidak berpenghujung. Oleh itu, di suatu tempat yang sempit, Allah (s.w.t)
menonjolkan gambaran-gambaran keindahan tidak terbatas yang me-nunjukkan
penjelmaan-penjelmaan yang tidak ber-penghujung itu dan Dia menulis bilangan
yang tidak terhingga bagi tanda kekuasaan-Nya, terbentuk di atas sekeping
lembaran yang sempit, yang menjelaskan pengertian-pengertian tinggi yang tidak
terhad.
Ya! Penghasilan tahun lalu dan tahun ini dari segi
hakikat-nya adalah sama, namun pengertian serta petunjukan yang tersirat di
sebaliknya amat berlainan sama sekali. Kerana berlakunya pertukaran 'penentuan
perkiraan' akan me-nyebabkan berlakunya pertukaran pengertian, dengan ia
bertambah dan menjadi lebih banyak. Meskipun 'penentuan perkiraan' dan
penampilan sementara merupakan per-ubahan yang kedua-duanya akan binasa pada
zahirnya, tetapi pengertiannya rtu karan yang indah sentiasa ter-pelihara dan
berkekalan selamanya.
Daun-daun, bunga-bungaan dan buah-buahan sesuatu pokok yang terbit pada musim bunga tahun lalu - kerana la tidak mempunyai roh seperti manusia - merupakan daun, bunga dan buah yang terbit pada musim bunga tahun ini, jika dipandang dari sudut hakikat, sekalipun ada perbezaan dari sudut penempatan kepada penampilan tersebut.
Penampilan pada musim bunga tahun ini datang untuk
mengambil tempat penampilan yang telah datang pada musim bunga tahun lalu. Ini
berlaku dengan tujuan memperlihatkan hal ehwal al-asma' al-husna yang sentiasa
segar penjelmaannya sepanjang masa.
Keempat: Sesungguhnya Allah
Yang Maha Bijaksana dan mem-punyai kebesaran, menggerakkan zarah-zarah di dalam
ladang dunia ini yang sempit dan menenunnya di kilang bumi, dengan menjadikan
seluruh makhluk yang wujud ini sentiasa bergerak dan berpindah. Ini
dilakukan-Nya demi mewujudkan keserasian terhadap keperluan, perhiasan dan
penghasilan bagi alam-alam luas yang tidak terbatas, seperti calam
al-mithal, alam al-malakat yang amat luas itu dan alam-alam akhirat lain yang
tidak terbatas. Allah mempersiapkan penghasilan dan banyak natijah yang maknawi
kepada bumi yang kecil ini, bagi alam yang amat luas dan besar itu. Allah
mengalirkan banjir yang tidak berkesudahan daripada bumi ini, yang terbit
daripada khazanah kudrat-Nya yang mutlak, lalu dicurahkan ke dalam alam
al-ghayb dan sebahagian daripadanya dicurahkan ke dalam alam akhirat.
Kelima: Allah (s.w.t)
menggerakkan zarah-zarah itu dengan kudrat-Nya dengan penuh kebijaksanaan dan
mempergunakannya pada tugasan-tugasan yang tersusun kemas, bagi menampil-kan
kesempurnaan sifat ketuhanan-Nya yang tidak ke-habisan, kilasan keindahan-Nya
yang tidak bersempadan, penjelmaan kebesaran-Nya yang tidak berakhiran dan
penyucian rabbaniyah yang tidak terhitung di atas per-mukaan bumi yang sempit
dan terbatas ini. Akan tetapi semuanya itu dalam tempoh masa yang sedikit dan
terbatas. Allah (s.w.t) menjadikan segala makhluk yang wujud bertasbih, dengan
tasbih yang tidak berkesudahan, dalam tempoh masa dan tempat yang terbatas,
bagi menjelaskan bahawa jelmaan-jelmaan-Nya yang indah, sempurna dan agung
secara mutlak itu merupakan pewujud kepada pelbagai hakikat perkara ghaib, buah
akhirat, keindahan ideal - yang digambarkan melalui benda-benda yang binasa
namun identitinya tetap kekal - dan pelbagai tenunan kebijaksanaan. Yang
menggerakkan zarah, menampilkan bermacam-macam matlamat yang agung dan hikmat
yang hebat ini ialah Tuhan Yang Maha Esa dan Maha Tunggal. Jika bukan demikian,
maka setiap zarah akan memerlukan sebuah akal sebesar matahari!
Terdapat banyak lagi contoh yang menerangkan hikmat
pertukaran zarah yang digerakkan berdasarkan kebijaksanaan yang hebat,
sebagai-mana kelima-lima contoh yang telah ditampilkan di atas. Kemungkinan contoh yang dapat didatangkan
berjumlah lebih daripada lima nbu, tetapi golongan ahli falsafah yang dungu
menyangka bahawa ia kosong, tidak mengandungi sebarang hikmat!
Mereka mendakwa - pada hakikatnya - bahawa semua zarah
yang bergerak itu bergerak dalam kemabukan dan ketidaksedaran rabbani dalam dua
dimensi, secara menegak dan mengikut pernafasan. Zarah-zarah tersebut
sebenarnya bergerak sebagaimana seorang murid berzikir dan bertasbih sehingga
berada dalam keadaan mabuk dan tidak sedar. Jadi pergerakan-pergerakan yang
terhasil berlaku dengan sendiri. la menari dan berpusing-pusing dalam keadaan
kebingungan.
Dari sini, kita mengambil kesimpulan bahawa ilmu para
ahli falsafah sebenarnya bukanlah ilmu, bahkan ia merupakan kejahilan. Hikmat
mereka juga ialah perkara karut yang kosong daripada memiliki sebarang hikmat!
(Kami akan menyebut hikmat keenam secara terperinci di
dalam noktah ketiga)
Pada setiap zarah terdapat dua saksi yang menyaksikan
kewujudan Allah dan keesaan-Nya.
Ya! Zarah yang menjalankan tugas dan memikul bebanan
amat berat yang melebihi kemampuannya itu, walaupun lemah dan beku, dengan
penuh kesedaran, ia menyaksikan dengan penyaksian yang terputus dari kewujudan
Allah (s.w.t).
la juga memberikan penyaksian yang benar terhadap
keesaan Allah (s.w.t) dan ketunggalan Tuhan yang menjadi raja kepada segala
kerajaan, dengan melakukan penyelarasan dan penyerasian terhadap segala pergerakannya dengan sistem
umum yang berlaku di atas muka bumi dengan mengambil kira sistem tersebut, di
mana saja ia berada, dengan menjadikan zarah itu menetap di mana saja ia
berada. Siapakah yang memiliki zarah-zarah tersebut? Tempat-tempat yang
dilawati oleh zarah tersebut ialah kerajaan orang itu, dengan makna bahawa
sesiapa yang memiliki zarah-zarah tersebut, maka semua ternpat yang dilalui
oleh zarah tersebut juga adalah miliknya.
Oleh sebab sesuatu zarah itu lemah, ditambah lagi dengan
bebanannya yang berat dan tugasannya yang banyak tidak terkira, ini semua
menunjukkan bahawa ia berdiri dan bergerak di bawah kuasa dan dengan perintah
Tuhan yang amat berkuasa dan yang mempunyai kudrat yang mutlak.
Kemudian pergerakan zarah-zarah tersebut yang selaras
dan serasi dengan sistem-sistem umum dan menyeluruh yang digunakan di seluruh
bumi, menunjukkan seolah-olah la mengctahui kesemua sistem tersebut dan
kejayaan zarah-zarah tersebut rnemasuki setiap ternpat tanpa sesuatu yang
menghalangnya. Ini semua menunjukkan bahawa zarah-zarah tersebut melakukan
perbuatannya itu dengan kudrat (kekuatan) Tuhan Yang Maha Esa dan Maha
Mcngetahui, yang mem-punyai ilmu yang mutlak dan hikmat dan kebijaksanaan yang
luas.
Ya! Setiap tcntera mempunyai hubungan dengan platun,
kompeni, batalion, briged dan divisyennya. Dia juga mempunyai tugas tcilentu
dalam setiap bahagian di atas berdasarkan hubungannya itu. Penyelarasan dan
penyeragaman pergerakan melalui seluruh hubungan dan ikatan tersebut berlaku
dengan pengetahuannya dan dengan mengetahui tugas-tugasnya pada setiap penngkat
kumpulan tersebut, di samping tetap menjalankan tanggungjawab ketenteraan,
seperti menjalani latihan dan menerima taklimat menurut salurannya. Dan semua
irn pula hanya beriaku dengan mcmatuhi arahan pimpman tertinggi yang mengetuai seluruh
bahagian tersebut dan mengikut peraturannya yang telah ditetapkan.
Bagaimana keadaan seseorang tentera, begitulah juga
keadaan setiap zarah yang tersusun di dalatn sesuatu tempat. la mempunyai
kedudukan yang selaras dan seragam di setiap tempat yang didudukinya itu.
Pelbagai kedudukan sesuai yang menjadi dasar kepada kepentingan yang
bermacam-macam. Berbagai-bagai tugasan tersusun. Beberapa natijah berbeza
mempunyai hikmatnya yang tersendiri. Oleh itu sudah pastilah perletakan
zarah-zarah tersebut di antara tiap-tiap kenderaan yang dinaikinya dengan satu
perletakan yang tidak mencacatkan natijah dan hikmat yang terbit daripada
hubungan dan tugasan itu, di samping terpelihara keseluruhan hubungan dan
tugasan itu daripada sebarang kecacatan, merupakan ciri khusus yang hanya
dimiliki oleh Tuhan Yang Maha Memiliki, yang di tangan-Nya terletak kunci
segala sesuatu.
Sebagai contoh: Zarah yang berada di dalam anak mata
Taufiq (Tevfik) (Penulis (pcnyalm) pcrtama Risalah al-nur.) mempunyai hubungan
dengan urat saraf pergerakan dan deria rasa mata. Juga mempunyai hubungan
dengan segala macam saluran dan pembuluh (urat) darah yang terdapat di dalam
mata. Juga mempunyai hubungan dengan muka, kepala dan keseluruhan badan, bahkan
dengan seluruh seseorang manusia itu sendiri. Di samping zarah itu ia turut mempunyai
tugas dan faedah tertentu pada setiap hubungan tersebut.
Kcwujudan hubungan pada setiap benda yang dinyatakan di
atas, serta segala hubungan dan faedah yang diperolehi di sebaliknya, beserta
dengan hikmat kcbijaksanaan yang sempurna dan ketelitian yang halus,
menjelaskan bahawa:
Yang mencipta jasad dengan segala anggota-anggotanya,
Dialah yang menempatkan zarah tersebut pada tempat itu, terutamanya zarah yang
mendatangkan rezeki. Zarah yang berjalan dan bermusafir bersama-sama dengan
kafilah rezeki, melakukan perjalanan dan pemusafiran itu dengan penuh
ketertiban dan melancong dengan hikmat kebijak-sanaan yang raembingungkan akal
fikiran. Kemudian zarah tersebut memasuki pelbagai peringkat dan meneroka
bermacam-macam lapisan dengan sistem yang halus dan teliti. Dia melangkah
dengan langkah yang penuh kesedaran, tanpa melakukan sebarang kesilapan. Zarah
itu datang secara berperingkat kepada jasad yang hidup, lalu ia (zarah itu)
dibersih dan ditapis dengan menggunakan empat jenis penapis, hingga ia sampai
kepada seluruh anggota badan dan bilik-bilik kecil yang memerlukan rezeki. Lalu
zarah itu memberikannya rezeki yang datang dalam bentuk bebola merah dalam
darah dan membantunya berdasarkan undang-undang 'kemurahan'.
Secara semula jadinya, dapat difahami daripada
keterangan di atas bahawa orang yang dapat menjalankan zarah ini sehingga dapat
melalui ribuan rumah dan tingkatan yang berbeza, serta membawanya dengan penuh
hikmat, sudah pasti dan tidak syak sedikitpun, ialah Tuhan Yang Maha Memberi
Rezeki Lagi Maha Mulia, Tuhan Yang Maha Mencipta Lagi Maha Penyayang. Segala
bintang dan zarah yang halus, pada tanggapan kudrat-Nya, sama sahaja.
Kemudian setiap zarah itu pula melakukan pembentukan
satu gambaran indah dan ukiran menakjubkan pada makhluk, dengan dua andaian.
Pertama, mungkin ia berada pada tempat seorang
pemerintah yang menguasai setiap zarah dan menguasainya juga secara
keseluruhan; dan dalam masa yang sama, zarah itu juga terikat dengan arahan
setiap zarah tersebut sama ada secara satu persatu atau secara kolektif. la
mempunyai pengetahuan yang sempurna tentang gambaran indah yang membingungkan akal dan ukiran
cemerlang yang dipenuhi hikmat, lalu ia (zarah) mewujudkannya. Andaian ini
mustahil, seribu kali mustahil!
Ataupun mungkin zarah itu berada di bawah arahan dan
pergerakannya lahir danpada kalam kudrat Allah (s.w.t.) serta undang-undang
takdir-Nya.
Sebagai contohnya lagi, jika batu-batu yang ada pada
kubah Aya Sotla tidak mematuhi arahan para pembinanya, mungkin setiap biji batu
itu sendiri amat mahir untuk melakukan pembinaah, seperti juru-bma Sinan,
(Seorang arkitek Turki yang tersohor (1489-1578). Telah menyelia pembinaan
banyak masjid, antara yang terpenting ialah Masjid Sulaymiyah, Masjid
Sulaymaniyah dan Masjid Saykh Zadah – Penterjemah) iaitu dia sendiri menjadi
pemberi arahan kepada batu-batu. yang lain dan dalam masa yang sama ia juga
tunduk kepada perintah batu-batu yang lain. Maksudnya, ia sendiri boleh
memerintah batu-batu yang lain dengan berkata: "Wahai para batu, hendaklah
kita bersatu supaya kita tidak runtuh!" Begitu juga keadaannya dengan
zarah-zarah yang ada pada sekalian makhluk yang kedudukannya ribuan kali lebih
menunjukkan kebolehan kreativiti, keindahan, ketelitian, ketakjuban dan
kebijaksanaan yang lebih tinggi daripada kubah yang terdapat pada Aya Sofia.
Jika sekiranya zarah-zarah tersebut tidak berada dalam keadaan tunduk patuh
kepada perintah Tuhan Yang Maha Mencipta Lagi Maha Agung, Tuhan yang mencipta
alam ini, maka seharusnya anda memberikan sifat kesempurnaan -yang tidak layak
dibenkan melainkan kepada Allah (s.w.t) sahaja -kepada setiap zarah itu.
Maha Suci Allah! Alangkah ajaibnya! Ketika golongan
materialis yang zmdiq dan kufur itu mengingkari Allah yang bersifat dengan wajib al-wujud, mereka terpaksa - berdasarkan
mazhab mereka -beriktikad dengan kewujudan beberapa tuhan yang palsu (batil)
sebanyak bilangan zarah yang ada. Dari sudut ini, anda akan melihat bahawa
orang kafir yang mengingkari kewujudan Allah (s.w.t.) sebenamya berada dalam
kejahilan yang besar, bahkan dialah seorang yang jahil secara mutlak, sekalipun
dia seorang ahli falsafah dan tersohor sebagai seorang ilmuwan.
Noktah ini merupakan isyarat kepada hikmat keenam yang
agung, seperti yang dijanjikan pada penghujung noktah pertama.
Pada Kalimah Kedua Puluh Lapan yang lalu, telah
disebutkan pada catatan bawah pertanyaan kedua:
Bahawa terdapat satu lagi hikmat daripada ribuan hikmat
yang terkandung dalam pertukaran zarah dan pergerakannya pada jasad-jasad yang
mempunyai kehidupan, iaitu pemberian cahaya kepada zarah tersebut dengan ouh
(kehidupan) dan pemberian kehidupan yang bermakna agar zarah itu sesuai bagi
pembinaan alam akhirat.
Ya! Semua benda hidup, sama ada haiwan ataupun manusia,
bahkan tumbuh-tumbuhan sekalipun menjadi tuan rumah, pusat latihan dan sekolah
pendidikan bagi zarah tersebut mendapat tunjuk ajar dan arahan. Zarah yang beku
itu memasuki setiap tempat, lalu ia bercahaya, seolah-olah ia menerima segala
kursus, latihan, arahan dan taklimat, dengan itu ia menjadi lembut (menurut).
Melalui pelaksanaan segala tugas yang dipikulkan ke atasnya, ia mendapat
kelayakan dan kemampuan untuk menjadi zarah yang akan membentuk alam baqa' dan
alam akhirat yang mempunyai kehidupan yang sebenar dan mencakupi segala
komponennya.
Pertanyaan: Bagaimana kewujudan hikmat ini diketahui
pada pergerakan zarah tersebut?
Jawapan:
Pertama:
Kewujudannya diketahui melalui hikmat kebijaksanaan Allah Yang Maha
Bijaksana. Hikmat itu sabit dengan sistem-sistem yang berjalan pada seluruh
mawjudat dan dengan hikmat-hikmat yang terkandung di dalamnya. Kerana hikmat
Ilahiyah yang memberikan hikmat yang amat banyak kepada satu juzuk yang kecil,
sudah pasti ia tidak akan meninggalkan gerakan-gerakan zarah begitu sahaja
tanpa sebarang hikmat di sebaliknya! Itulah pergerakan yang berlaku pada
gerakan seluruh benda yang ada, yang menonjolkan kesannya yang besar pada
kewujudan dan merupakan sebab kepada penonjolan keindahan-keindahan yang
dipenuhi dengan kebijaksanaan.
Kemudian hikmat dan hakimiyah Ilahiyah yang tidak pernah
mengabaikan makhluk yang paling kecil tanpa mendapat balasan, kesempurnaan dan
kedudukan, hasil daripada tugasan yang dilakukannya, maka bagaimana la boleh
mengabaikan orang-orang suruhan dan gunaan-Nya yang amat banyak itu - zarah-zarah
- tanpa mendapat sebarang cahaya atau balasan.
Kedua: Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Bijaksana Lagi Maha
Mengetahui menggerak dan menggunakan pelbagai elemen kimia bagi menunaikan
tugas-tugas yang mulia, lalu ia 'ditingkatkan kepada peringkat mineral (galian),
sebagai balasan baginya dalam menuju jalan kesempurnaan. Tuhan juga menggerak
dan menggunakan zarah-zarah mineral bagi melaksanakan tugas-tugas tertentu dan
mengajarkannya tasbih yang khusus, setenisnya mengumiakannya martabat kehidupan
kepada tumbuh-tumbuhan. Seterusnya Allah menggerakkan zarah tumbuh-tumbuhan dan
me-nugaskannya dengan pelbagai tugasan serta menjadikannya sebagai rezeki
kepada yang lain. Dengan itu, Allah memberikan nikmat kepadanya dengan
meningkatkannya kepada martabat halus bagi haiwan. Kemudian Allah mempergunakan
zarah-zarah haiwan - melalui jalan pemberian rezeki - dan mengangkatnya kepada
darjat kehidupan kemanusiaan. Dan dengan melalukan zarah-zarah jisim manusia
melalui beberapa penapis beberapa kali dan melalui pembersihannya dengan
menjadikannya halus, Allah mengangkatnya kepada tempat yang paling halus dan
mulia, yang terdapat di dalam tubuh manusia, iaitu otak dan hati.
Dari apa yang telah disebutkan sebelum ini dapat
difahami bahawa gerakan zarah-zarah tidak berlaku tanpa mem-punyai sebarang
faedah atau sunyi daripada sebarang hikmat. Bahkan zarah-zarah tersebut dibawa
menuju ke arah suatu kesempurnaan yang layak bagiriya.
Ketiga:Sebahagian zarah yang terdapat pada benda hidup -
seperti zarah pada biji benih - mencapai sejenis nur maknawi, kehalusan dan
keistimewaan, sehingga ia menjadi se-umpama ouh dan penguasa terhadap
zarah-zarah yang lain, dan juga terhadap pohon yang besar itu sendiri.
Peningkatan kedudukan zarah ini - antara zarah-zarah
lain yang terdapat pada pohon yang besar itu - sehingga mencapai martabat
tersebut, merupakan hasil daripada pelaksanaan segala tugasan dan
tanggungjawabnya yang besar
semasa melalui peringkat-peringkat pembesaran pohon tersebut. Ini menunjukkan
bahawa zarah-zarah tersebut mencapai kehalusan maknawi, kedudukan tinggi dan
petunjuk mulia ketika ia menunaikan tugasan fitrah yang diarahkan oleh Tuhan
Yang Maha Mencipta Lagi Maha Bijaksana, mengikut jenis gerakan yang
dilaku-kannya dan selaras dengan penjelmaan dan ketinggian al-asma' al-husna.
Kesimpulan:
Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Mencipta Lagi Maha
Bijaksana telah menentukan satu noktah kesempurnaan yang sesuai bagi setiap
benda. Dia juga telah menentukan cahaya kewujudan yang sesuai baginya. Kemudian
Allah membawa benda itu ke arah noktah kesempurnaan itu, berdasarkan kesediaan
yang dikurnia-kan kepadanya.
Sebagaimana undang-undang rabbani ini berjalan pada
seluruh tumbuh-tumbuhan dan haiwan, ia juga berjalan pada benda-benda beku,
sehingga Allah (s.w.t.) boleh mengurniakan suatu peningkatan kepada tanah biasa
sehingga ke darjat menjadi berlian dan batu permata.
Daripada hakikat ini, terbongkar satu sudut daripada
undang-undang yang agung, iaitu 'undang-undang al-rububiyyah'.
Ketika Allah Yang Maha Mencipta Lagi Maha Mulia mem-pergunakan
binatang bagi melaksanakan undang-undang 'pembiakan' yang agung itu, Allah
mengumiakan kelazatan yang juz'i kepada binatang itu, sebagai balasan kepada
pelaksanaan tugasannya. Allah memberikan balasan kesempurnaan yang tinggi
kepada binatang-binatang yang digunakan bagi melaksanakan arahan-arahan rabbani -
seperti burung hantu dan lebah - dengan memberikannya kedudukan yang
menyebarkan perasaan kerinduan dan kenikmatan.
Daripada hakikat ini pula, terbongkar satu lagi sudut
daripada undang-undang yang agung, iaitu 'undang-undang kemurahan'.
Hakikat segala sesuatu tertuju dan terikat dengan
penjelmaan salah satu nama daripada al-asma' al-husna. Setiap hakikat itu
ibarat cermin yang membalikkan bagi setiap al-asma' al-husna. Sesuatu yang biar
macam manapun indahnya, keindahannya itu kembali kepada kemuliaan dan
ketinggian nama tersebut, sebagaimana yang dikehendakinya. Sama ada benda itu
diketahui atau tidak, maka hanya kedudukan keindahannya itu sahaja yang
dituntut, pada pandangan hakikat.
Daripada hakikat ini pula, terbongkar satu sudut
daripada undang-undang yang agung, iaitu 'undang-undang pencantikan dan
keindahan'.
Kedudukan dan kesempurnaan yang dikurniakan Tuhan Yang
Maha Mencipta Lagi Maha Bijaksana kepada sesuatu, ber-dasarkan perlembagaan
'kemurahan', tidak diminta dikembali-kan setelah berlalu tempoh masa dan
berakhir umur sesuatu itu. Bahkan hasil, natijah, identiti maknawi dan rohnya
(sekiranya ia mempunyai roh) tetap berkekalan.
Sebagai contoh: Allah (s.w.t.) mengekalkan pengertian kesempurnaan
dan hasilnya yang diperolehi oleh manusia, sehingga kesyukuran yang dilakukan
oleh seseorang Mukmin terhadap buah-buahan tidak kekal yang dimakannya, akan
dikembalikan oleh Allah kepadanya sekali lagi dalam bentuk buah-buahan lazat di
syurga.
Daripada hakikat ini, terserlah satu sudut daripada
undang-undang yang agung, iaitu 'undang-undang rahmat'.
Tuhan Yang Maha Mencipta Lagi Maha Bijaksana itu
sedikit-pun tidak melakukan pemborosan. Allah juga tidak melakukan sebarang
perbuatan sia-sia sama sekali, kerana Allah tetap menggunakan segala benda,
sehingga benda-benda runtuhan fizikal bagi makhluk-makhluk yang sudah mati
sekalipun (yang sudah tamat tugasannya) pada musim gugur, digunakan semula bagi
membina makhluk-makhluk yang baru pada musim bunga.
Oleh sebab itu, berdasarkan hikmat Ilahiyah, perlulah
me-masukkan zarah-zarah bumi yang beku dan tidak berperasaan serta yang telah
melaksanakan tugasan-tugasan yang mulia di atas muka bumi ini ke dalam satu
bahagian daripada binaan akhirat yang mempunyai kehidupan (nyawa) dan perasaan
terhadap segala yang terkandung di dalamnya, seperti batu-batan dan pepohonan,
berdasarkan petunjuk yang dilakukan oleh ayat:
Maksudnya: "(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti
dengan yang lain. " (Ibrahim 14:48)
Dan berdasarkan isyarat yang dilakukan oleh ayat:
Maksudnya: "Dan sesungguhnya negeri akhirat itu
ialah kehidupan yang sebenar-benarnya. " (Al-Ankabut 29:64)
Ini dilakukan oleh Allah, kerana meninggalkan
zarah-zarah tersebut
di bumi yang akan hancur, atau mencampakkannya ke dalam 'ketiadaan' begitu
saja, merupakan satu pembaziran dan perbuatan sia-sia.
Daripada hakikat ini, terjelma satu sudut lagi danpada
undang-undang yang agung, iaitu 'undang-undang hikmat'.
Amat banyak daripada kesan, perkara maknawi dan hasil
dunia ini, serta tenunan pekerjaan para mukallaf - seperti jin dan manusia -
lembaran amalan, roh dan jasad mereka sendiri akan dihantar ke pasar dan tempat
pameran di akhirat. Maka a iil dan bijaksanalah apabila zarah-zarah bumi yang
mengapit dan mengirmgi hasil, permaknaan, serta lingkungan ber-hubungan yang
mantap, turut dihantar bersama-sama dengan runtuhan dunia ini ke alam akhirat
dan digunakan sebagai bahan binaannya. Ini semua hendaklah berlaku setelah ia
menytmpurnakan segala tugasannya dan selepas ia mencapai banyak cahaya
kehidupan dan memberi khidmat kepadanya, sehingga ia menjadi sarana kepada
pentasbihan kehidupan.
Daripada hakikat ini, terbongkarlah satu sudut daripada
undang-undang yang agung, iaitu 'undang-undang keadilan'.
Sebagaimana roh menguasai jasad, maka arahan-arahan
pem-bentukan (takwiniyah) terhadap bahan-bahan beku sebagaimana yang telah
ditetapkan oleh takdir Ilahi, juga mempunyai kekuasaan terhadap bahan-bahan
tersebut. Lalu arahan tersebut menjadikan bahan-bahan tersebut sebagai
kedudukannya dan berjalaji berdasarkan sistem tertentu selaras dengan apa yang
telah disalin oleh penulisan maknawi bagi takdir (penetapan) Ilahi.
Sebagai contoh: Pada pelbagai jenis telur, air mani dan
biji benih, terdapat bahan-bahan yang memperolehi berbagai-bagai jenis cahaya dan kedudukan yang
berbeza, berdasarkan perbezaan 'arahan-arahan pembentukan' yang digariskan oleh
takdir Ilahi dalam bentuk yang berlainan, kerana bahan-bahan itu - dari sudut
ia adalah satu bahan - berada di dalam satu hakikat (Ya! Keseluruhan bahan itu
terdiri daripada empat elemen, iaitu pelahir air (oksigen dan hidrogen),
pelahir asid (masam), karbon dan seumpamanya. Kerana itu, kesemua bahan dari
sudut susunan fizikalnya dianggap terdiri danpada bahan yang sama, tetapi yang
menycbabkan pcrbezaannya ialah penulisan (penetapan) takdir yang maknawi
-Pcngarang.)
sahaja sebenarnya. Akan tetapi ia menjadi sarana bagi pembesaran yang tidak
terbatas bagi segala mawjudat. Dengan itu ia menjadi pemilik kepada pelbagai
kedudukan dan cahaya yang bermacam-macam jenis. Kerana itu, tidak dapat tidak
jika terdapat satu zarah dalam sesuatu perkhidmatan kehidupan dan ia termasuk
dalam kandungan tasbih rabbani yang menjadikan kehidupan itu bertasbih
berkali-kali, serta melaksanakan tugasnya di sana, maka tidak syak lagi bahawa
hikmat kepada pengertian tersebut akan tertulis pada dahinya yang maknawi dan
dirakamkan oleh kalam takdir llahi yang tidak mencuaikan sesuatupun,
berdasarkan ilmu tuhan yang menyeluruh.
Daripada hakikat ini, terjelmalah satu sudut daripada
undang-undang yang agung, iaitu 'undang-undang ilmu yang menyeluruh’
Berdasarkan kenyataan yang lalu, zarah-zarah yang ada
itu tidaklah terapung-apung dan berselerak begitu sahaja.( Inilah jawapan
kepada ketujuh-tujuh perenggan yang lalu. )
Natijah:
Ketujuh-tujuh hukum yang lepas, iaitu undang-undang
rububiyah, undang-undang kemurahan, undang-undang keindahan, undang-undang
kerahmatan, undang-undang kebijaksanaan, undang-undang keadilan dan
undang-undang ilmu yang menyeluruh dan undang-undang agung yang seumpamanya,
setiap satu daripadanya mengisyaratkan kepada satu sudut daripada nama-nama
Allah yang agung, dan penjelmaan terbesar kepada nama-nama Allah yang agung
itu. Daripada penjelmaan tersebut, difahamilahi bahawa pertukaran zarah di atas
bumi ini -seperti mawjudat yang lain - juga meneroka perjalanan seperti yang
telah digariskan oleh takdir Ilahi, dan selaras dengan arahan-arahan
pembentukan yang diberikan oleh kekuasaan (kudrat) Ilahi, serta berdasarkan
neraca ilmiah yang sensitif demi merealisasikan hikmat yang tinggi dan
seolah-olah ia bersedia untuk berpindah ke alam lain yang lebih tinggi! (*)
(*) ( Kerana jelas kelihatan di
hadapan mata kita bahawa penyebaran cahaya kehidupan dengan banyaknya di dunia
yang tebal dan rendah ini, serta pembawaan alam ini dengan kesan yang
berterusan dan dalam keadaan 'kemurahan' yang tinggi, sehingga menyebarkan
cahaya kehidupan dengan banyaknya walaupun pada benda yang paling hina dan
busuk, serta pengilatan bahan yang tebal dan hina itu dengan cahaya kehidupan
lalu menjadikannya halus. Semuanya ini hampir menjelaskan secara terus terang
bahawa Allah (s.w.t) mencairkan alam yang tebal dan beku ini, serta
mengmdahkandan menggilapnya dengan gerakan-gerakan zarah dan cahaya kehidupan
tersebut, adalah untuk mempersiapkannya bagi memasuki alam lain yang hidup,
haius (seni), tinggi dan suci. Seolah-olah Allah menghiaskannya demi menuju
alam yang seni. Maka orang yang tidak dapat memahami pengumpulan (kebangkitan
semula) manusia berdasarkan akal mereka yang senipit, jika mereka meiihat
dengan cahaya dan teropong al-Qur'an, nescaya mereka akan dapat melihat
'undang-undang kewujudan aslTjelas di hadapan mata, sebagaimana seluruh zarah
dihimpunkan dan diperlakukan sesuka hati, umpama pengumpulan yang berlaku ke
atas anggota-anggota tentera, seba yang dapat disaksikan. - Pcngarang. )
Dari sini, jasad-jasad yang hidup menjadi umpama sekolah
yang menjadi tempat pemelajaran, pusat latihan dan pendidikan bagi zarah-zarah
yang sentiasa berselerakan. Kita juga boleh menghukumkan dengan tanggapan yang
tepat bahawa begitulah keadaan sebenar yang berlaku.
Kesimpulan:
Sebagaimana telah disebut dan dibuktikan pada Kalimah
Pertama, bahawa setiap benda mengatakan 'Bismillah'. Maka zarah juga - seperti
selunih mawjudat yang lain - dan setiap kumpulannya mengucapkan 'Bismillah'
dengan bahasa sunyi atau organnya, di samping bergerak berdasarkan petunjuknya.
Ya! Sesungguhnya setiap zarah - berdasarkan ketiga-tiga
noktah yang telah disebutkan - dengan bahasa sunyi atau organnya mengungkapkan
"BismirLlahi'r-Rahmani'r-Rahim" pada permulaan pergerakannya,
maskudnya: "Saya bergerak dengan nama, kekuatan, kekuasaan dan keizinan
Allah, serta pada jalan-Nya". Kemudian ia - dan juga setiap kumpulannya -
berkata, setelah mengakhiri pergerakannya sebagai-mana yang diucapkan oleh
mana-mana makhluk, dengan bahasa sunyi atau organnya membisikkan:
"Alhamduli'Llahi Rabbi'1 'Alami".